Tuesday, August 3, 2010

Ramadan kareem



SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.....Syaaban meninggalkan kita..Rejab dah lama pergi..bermulalah evolusi seorang manusia..kembali lah manusia kepada Allah ..kembali lah manusia kepada perjanjian agung....

Bulan turunnya kalamullah dan Syaitan dirantai...Pintu syurga dibuka..... Pintu neraka ditutup....ayuh!!! manusia , kekasih Allah ...ayuh meraikan Raya Ramadan ....

Sunday, July 18, 2010

Adakah diri ini sedar????


Adakah manusia ketika ini sedar sesumgguhnya Allah itu dekat. lebih dekat dari urat dileher mu.....Allah kasihkan akan hambanya,menerima taubatnya.Tetapi mengapa selama ini hati kita buta? tidak mampu membaca dan melihat kebaikan yang Allah telah berikan kepada kita.Mengapa segala sifat-sifat kebaikan itu lenyap ,tertutup di arus kegelapan



Tuesday, July 13, 2010

~ Spain win World cup 2010~


Espana proved to the world today ,that they deserve to win the cup.However the scores are to small to justified that Espana is the truth champion. 1-0 defeat Holland there can declare that they are the truth champion. Last World cup champion ,Italy already surrender and been send back, because they failed to perform as a champion. Is Espana can mantain the stamina and momentum for the next tournament ??? Euro and World Cup???...We will see it

Monday, July 12, 2010

~ Percaturan hidup~




Agak lama juga tidak menulis, sejak awal semester 2010/2011 hingga ke hari ini baru jari-jemari ingin bergerak.

Yang dimaksudkan percaturan hidup adalah apa sesungguhnya yang uruskan dalam kehidupan seharian? Apa yang dicaturkan dalam kehidupan? rancangan atau strategi harus di fikirkan.

Misal juga boleh dikaitakan percaturan dalam politik,ada yang merencanakan pelbagai strategi untuk mencapai misi kemenangan dalam pilihanraya hingga sanggup" makan kawan sndiri'

Kehidupan seorang pelajar ,bagaimana ingin membuat percaturan hidup agar seimbang dengan IQ+EQ+SQ seimbang. Cerdas Intelektual, Kuat Emosi dan Spiritual yang mantap.

kalau dalam Piala Dunia adalah percaturan antara 2 pasukan yang akan dinobatkan sebagai Juara Dunia Bola Sepak...Seperti pasukan Spain dan Belanda,bagi pemain dan jurulatih ada percaturannya sendiri.Bagi peminat , percaturan pasukan mana yang menang, pasukan kesayangan atau pasukan "boo"....

bagi para pemikir yang hebat belaka, percaturannya adalah bagaimana idea atau teori dapat diterima oleh masyarakat, kerana masih ramai pakar pemikir yang bijak bak" lautan dalam" dhebat, tetapi masih perlukan percaturan dalam karier mereka....

Bagi orang agama pula, adalah percaturan untuk mengahdapi hawa dan Jin serta Syaitan agfar mendapat Syurga Firdaus tertinggi di Syurga.bertemu dengan Allah yang maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Justeru, Hidup manusia adalah percaturan yang akan dinobatkan sebagai JUARA sekiranya mampu bercatur dengan baik....

Saturday, May 8, 2010

~Coretan Dunia~







Dunia hari ini diwarnai dengan pelbagai cerita yang mempunyai 1001 rasa dan pengalaman,Cerita Dunia ini telah dicipta sendiri oleh penghuninya yakni manusia yang juga khalifah Allah dimuka bumi. Inilah bukti kekuasaan Allah ,Ilmu Allah yang tidak dapat dijangkau oleh manusia dan semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuznya.


1) Kita mulai dengan politik dan pentadbiran

Pilihanraya Britain baru sahaja melabuhkan tirainya , Perubahan yang berlaku lebih dari 10 tahun telah terjadi. Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown telah tewas dalam Pilihanraya Umum Britain selepas mengambil alih dari mantan PM Tony Blair. Parti Buruh yang menjadi kerajaan telah tewas kepada Parti Konservatif pimpinan David Cameron dan hanya memenangi 306 kerusi parlimen , sementara Konservatif memenangi 258 kerusi dan Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg 57 kerusi,. Namun demikian , Konservatif ataupun Buruh tidak mampu membentuk Kerajaan kerana tidak punyai Majoriti di Parlimen. Maka akibatnya berlakulah pemujukan antara 2 parti yang mempunyai banyak kerusi untuk memujuk parti yang memenangi kerusi yang kecil untuk membentuk kerajaan.

Persoalannya adakah berjaya membentuk kerajaan perpaduan??? bukan mudah kalau tidak ada habuan atau janji???



2) Penutupan Lapangan Terbang disebabkan Gunung Berapi

Lapangan Terbang kedua di Barcelona telah ditutup disebabkan letusan Gunung Berapi Iceland.Sebelum ini, beberapa lapangan terbang di Eropah telah ditutup akibat letusan gunung berapi yang boleh membawa kesan kepada kapal terbang. Kali in Perancis, Sepanyol dan Portugal terpaksa ditutp kerana debu Gunung Berapi telah merebak di Atmosfera Eropah. Ratusan, malah jutaan manusia terperangakap akibat Gunung yang " sedang marah". Para saintis menjangakakan akan ada lagi siri letusan , tetapi tidak dapt menjangkakan bila..
Persoalannya , siapakah yang menyebabkan hal demikian terjadi??? Apakah punca-puncanya??

" Baca dengan Nama Tuhanmu"




3) Pengerusi gedung di England menjual syarikat....

Mohammed Al-Fayed , pengerusi syarikat gedung Harrods dijual kepada qatar Holdings. Harrods antara gedung terbesar di England ,setanding dengan nama seperti Mark & Spencer. Ia dijual dengan harga 1.5 billion Euro. Ramai pelanggn setianya tidak menjangka Mohammed Al-fayed akan bertindak demikian setelah ditubuhkan pada 1849. Beliau menjual kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga dan cucu-cucunya. Anak beliau Dody Al-Fayed telah meninggal dunia pada tahun 1990 +++ akibat kemalangan jalanraya di Paris bersama Mendiang Puteri Diana, menantu Queeb Elizabeth and bekas isteri pada Putera Charles dan ibu kepada Putera Williams & Harry...

Manusia makin lama meningkat umur, baki kehidupan yang diberi adalah untuk dimanfaatkan bersama orang tersayang dan mengabdi kepada Allah selagi boleh...




4) Perletakan jawatan Bishop kerana dituduh menzalimi kanak-kanak

Pope Benedict telah menerima perletakan jawatan Bishop Walter Mix of Augusburg. Kisah gereja melakukan penderaan kanak-kanak ,termasuk anak yatim melalui penderaann Seksual, memukul dan sebagainya. Kaum gereja telah ditentang habis oleh protestan kerna banyak melakukan penyelewengan dalam agama kristian .Hingga kini , Gereja Katolik tersu dikecam kerana banyak paderi sering melakukan penderaan pada kanak-kanak.Bishop walter meletakkan jawatan akhirnya ,barangkali tidak mahu lagi dituduh ataupun melarikan diri dari jenayah.

Dasar terang lagi bersuluh tiada agama yang lebih mulia berbanding islam. Pihak gereja tidak dibenarkan kahwin dan ini telah melanggar fitrah manusia. sedangkan islam tidak mengira siapa, darjat atau pangkat di sunnatkan berkahwin kerana itu adalah menyempurnakan 1/2 agamanya sekiranya berkemampuan untuk mengelakkan kes-kes sebegini lah.

Dari Antarabangsa ke Domestik...dari Dunia ke Malaysia


5) Penyalahgunaan kuasa yang berterusan

Selepas beberapa hari Negara dikejutkan dengan kematian adik Aminulrasyid akibat ditembak oleh polis.Kini terjadi lagi seorang remaja 17 tahun ditembak di usus oleh pihak polis sewaktu menaiki motosikal di Seremban. Kes sebegini telah lebih dari beberap kali yang dilaporkan cedera atau mati dalam tahanan polis. Selepas gempar dengan kematian Altantuya Shaaribuu di Bukit Cerakah ,A.Kugan di Subang Jaya, Teoh Beng Hock( SPRM) di Shah Alam, Aminulrasyid di Shah Alam . Ada beberapa mangsa yang cedera telah ditembak di Petaling Jaya ,shah alam dan Seremban. Hal ini amat merungsingkan rakyat kerana polis yang seharusnya mempertahankan rakyat jelata telah menyalah gunakan otoriti yang ada..ramai rakyat yang khuatir. Teringat suatu ketika dahulu, Sidang Dewan Rakyat gempar dengan pendedahan Ahli Parlmen Seputih YB Teresa Kok mengenai seorang tahanan wanita diarah ketuk -ketampi dalam keadaan bogel. Ini telah mempersoalkan integriti polis dalam mempertahankan rakyat dan negara dan mengabdi kepada Allah....

Adakah ini peringatan Allah kepada anggota POLIS DIRAJA MALAYSIA kerana banyak menyalah gunakan kuasa termasuk RASUAH , menjaga premis JUDI dan sebagainya.... Taubatlah!!!




6) Dari Hulu Selangor ke Sibu...
Selepas Pilihanraya Kecik Parlimen 094 Hulu Selangor dengan kemenangan Calon dari BN .Kini 1 lagi Pilihanraya Parimen 212 Sibu terpaksa diadakan berikutan penyandangnya YB Datuk Robert meninggal di Hospital Selayang. Mengikut undang-undang , Pilihanraya terpaksa diadakan selepas 60 hari kerusi tersebut kosong. Penamaan calon diadakn pada 8 Mei dan mengundi pada minggu hadapan. Calon Barisan Nasional kali ini ialah anak saudara mendiang Datuk Robert iaitu Robert Lau Hui Yew ataupun Robert Lau Junior, manakala calon Pakatan Rakyat ialah DAP yakni Adun Bukit Assek Richard Wong Ho leng dan seoarang adun Bebas iaitu Narawi Harun.


Ini adalah demokrasi yang diasaskan oleh British yang mana sistem ini sangat lemah dari ketelusan tetapi harus dilaksanakan sebagi tanggungjawab memilih pemimpin .Persoalannya, ciri-ciri pemimpin apakah yang harus kita pilih??? Adakah kerana boleh memberi bantuan duniawi ataupun bantuan ukhrawi.. Duniawi boleh jadi bantuan pelajaran, pembangunan dan sebagainya ..Ukrawi bantuan untuk membangun Spiritual dan modal insan. Pemimpin yang boleh menyatakan bahawa hidup adalah pengabdian kepada tuhan.






Itulah sedikit sebanyak coretan yang dapat dikongsikan mengenai dunia dan persoalannya..Hanya manusia yang berfikir dan merenung akan dapat jawapannya dipandu oleh suara hati bersumber dari Asmaul Husna.


Thursday, May 6, 2010

~ Antara Belajar dan Tiru~


Dunia kini tidak mampu lagi membezakan yang mana belajar dan yang mana Tiru. Ramai yang mengatakan bahawa meniru barat adalah sesuatu yang salah dan menyesatkan. Tetapi saya menyangkalnya kerana ada perbezaan yang ketara antara meniru dan dan belajar dari Barat.Bukan semua perkara dari barat adalah salah dan bukan semuanya betul.Banyak Ilmu yang sekarang digunakan oleh barat bersumber dari Islam. Justeru, Kita harus belajar untuk mengambil kembali hak milik Orang islam yang berkurun lamanya yang telah mereka gunakan.


( Ibnu Sina)

Meniru pula adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh sebilangan manusia , antaranya dari sudut fesyen,gaya hidup dan sebagainya. Ini yang biasa dilakukan oleh sebilangan manusia, tanpa memikir impaknya pada ummah dan tamadun. Barat hari ini telah berjaya memanipulasi keadaan. Inggeris berjaya membezakan antara Tiru dan belajar, ramai yang terpedaya dengan kenyataan dari barat ini. Segala yang bentuk yang melalaikan manusia seperti Clubbing, Muzik Terlampau-lampau, Hiburan tanpa sempadan menyebabkan segala Ilmu milik Umat Islam bersumbe dari Al-Quran dan As-Sunnah disimpan dan diterokai oleh barat hingga mampu mencipta Kegemilangan Tamadun dan akhirnya dijadikan Khazanah oleh bangsa Inggeris untuk Membangun dan mencipta tamadun.




Justeru, segala bentuk pelajaran dari Barat , asalnya adalah milik islam . dan segala bentuk hiburan yang telah menjatuhkan mereka pada zaman kegelapan , telah diajar kepada umat islam agar umat islam gagal bangkit dari kejatuhan. Oleh yang demikian, Ilmu yang datang dari barat untuk membangun tamadun bukanlah sesuatu yang menirukan dan kita perlu "Kaizen" apa ilmu yang mereka ada. agar sumber ilmu itu mampu membangunkan sebuah tamadun yang akan menguasai dunia.


Bukan semua yang membentuk hiburan itu adalh melampau , tetapi lebih gagal apabila tidak mampu dikawal oleh akal budi. Akal perlu mengawal jiwa untuk mengelakkan dari hiburan yang mampu menjatuhkan sesuatu tamadun. Dari hiburan yang terlampau lah , lahirnya Arak, dari arak lahirnya Seks bebas, dan ia berlarutan hingga suidah tiada apa lagi yang dibanggakan oleh seoarang manusia yang berakal

Saturday, April 17, 2010

Evolusi Kembali lagi...!!!!





Pilihan raya Kembali lagi selepas berehat dari DUN Bangan Pinang..Keputusan sekarang 7-2...Selepas mangkatnya Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR)..maka suatu evolusi pilhanraya terjadi... Battle antara Hak dan batil..battle antara Keadilan dan Kezaliman ..Battle antara Rasuah dan hak Rakyat..Battle antara Datuk Zaid Ibrahim( PKR) vs Kalamanathan ( MIC-BN)..Battle antara Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Muhyiddin....Battle antara Tan Sri Khalid ibrahim dan Datuk Noh Omar.. battle antara 1 malaysia dan harapan baru rakyat Malaysia ..

Battle diantara kayu ukur pencapaian dan penerimaan rakyat pada Pakatan Rakyat selepas 8 mac..Penerimaan Rakyat pada Dato Menteri Besar dan Exco PR atau Protes besar-besaran pada 1 Malaysia atau PM nyer...atau Parti Persekutuan..

Hari ini 17 April 2010 adalah Pendaftaran Calon PRK 094 : Hulu Selangor...Adakah Sejarah Bukit Selambau berulang...ramainya calon Bebas yang nak tegakkan demokrasi. Adakah Hulu Selangor menyaksikan 1 lawan 1 atau lebih penjuru???.....Keunikan Parlimen Hulu selangor ialah Adun-adunya dari Bn tetapi Parlimen dari PKR..bermakna rakyat lebih suka adunya dari Ahli Parlimennya.....Kali ini barangkali ada perubahan dari segi tempat duduk Ahli parlimen atau Undi makiin bertambah....

pada tanggal 23 April 2010..adalah hari dimana Keputusan telah ditetapkan Oleh Yang Maha Kuasa..rakyat dan gunakan Kuasa Keramat....tiada Siap boleh mengklentong Rakyat seperti 50 tahun dulu....rakyat makin bijak....Parti politik juga bijak berkempen dalam memastikan Rakyat akan mengundi Calon yang layak...Tetapi pada tarikh tersebut ..tiada siapa boleh pertikaikan Keputusan Rakyat...Kuasa Rakyat, kuasa Keramat..

Evolusi terjadi atau Tsunami Politik memukul badai...

: Kalau takut dipukul badai , Jangan Berumah Ditepi Pantai....
Kalau takut hilang deposit, jangan Berani ingin Bertanding...
Kalau takut diadili Rakyat , jangan Berani Jadi Pemimpin....
Kalau takut Lompat Katak, Jangan Berani ambil Amanah....

Isu Katak akan dibincangkan kemudian ..ingin mengumpulkan Katak2 dari Luar Negara pula...and nak Tunggu pula Cerita SIBu....Ada katak lagi ke???