Friday, August 16, 2013

Pesan dari seorang Pemimpin...


< With YB Dr Hj Yaakob Sapari ( ADUN Kota Anggerik ) during celebrate victory for DUN Kota Anggerik >
ignore the pic


   Semalam, daku bersama pasukan  Ranting Seksyen 7 Anggerik dan Team 

Cabang Shah Alam  berkumpul di rumah YB di seksyen 4. Ada mesyuarat 

mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal diadakan. Setelah ber'meeting' 

bersama . Daku sempat berbual secara 'personal' dengan YB mengenai politik, 

anak muda dan PRU. Daku membangkitkan beberapa isu sewaktu PRU 13 . 

Terdapat beberapa kawasan di DUN Kota Anggerik yang daku "gazetkan" 

sebagai kawasan merah. Kerana tiada satu peti undi yang dimenangi oleh YB, 

terutama peti saluran 4 , 5 dan 6. Soalan daku, Apakah faktor kekalahan 

tersebut? Mengapakah kalah?, Bagaimanakah masa depan Kota Anggerik ? .

 Justeru dalam waktu yang santai. 


   YB menjawab .Kita tidak akan dapat sokongan 100% dari etnik Melayu kerana

 memang "trend" nya Etnik Melayu akan berpecah kepada dua. Kalau kita menang 

undi Melayu lebih dari 40% itu lebih baik. Daku bertanya bagaimana dengan masa 

depan "Team Cabang Shah Alam", kerana daku adalah pengundi kali pertama.Undi 

pemuda merosot teruk. YB menjawab pemuda hari ini harus keluar dari kepompong 

kaum atau kuota

Beliau memberi contoh dalam perniagaan. Seoarang penjual menjual barang bukan 

kerana dia adalah Melayu, Cina atau India. Tetapi seorang penjual itu akan menjual 

kerana kualiti barang yang dijual, perkhidmatan yang terbaik, alasan itu orang akan 

membeli. Kita berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkerjaan bukan 

kerana kuota atau ada peruntukan khas atau kerabat kepada beberapa pemimpin 

politik. Orang Melayu masuk universiti bukan kerana dia ada kuota tetapi dia masuk 

Universiti kerana dia layak berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 

Jika orang melayu mampu keluar dari kebergantunganpada kuota dan etnik. Orang 

Melayu mampu bersaing diperingkat global hasil usaha mereka sendiri. 



 Kemudian YB menyambung, bahawa anak muda tidak suka akan protokol. Mereka 

tidak suka dipisahkan dengan protokol feudal system. daku bersetuju dengan 

kenyataan itu sebab daku sendiri tak suka protokol dan selama bersama dengan 

perjuangan YB , daku lihat sendiri cara YB masuk ke dalam masyarakat . Hatta ketua 

ku sendiri di Ranting 7 Anggerik sangat aktif dalam kebajikan wanita dan kemiskinan. 

Daku sempat bersama dengan pasukan turun melihat kemiskinan ,kesusahan rakyat 

dibawah. Amat sedih melihat mereka dalam sangat daif menyambut Aidil 

Fitri.Sepanjang bersama YB dan pasukannya , daku belajar tentang kerendahan dan 

kesusahan. Daku harap dapat terus bersama bukan mengambil untung dari politik 

tetapi mengagihkan manfaat dari politik kepada masyarakat majmuk.




( Bersama YB Dr (ADUN KOTA ANGGERIK) with asnaf Jom Shopping Aidilfitri)

Aku macai kelas 3, takde apa-apa kepentingan melainkan belajar kesusahan orang lain, takde bayaran.....


No comments:

Post a Comment