Tuesday, October 4, 2011

Jangan bunuhku Ibu!!!!!!






GOMBAK - Gara-gara mahu menyembunyikan kelahiran anak hasil daripada perhubungan haram, seorang pelatih restoran berusia 19 tahun, sanggup mencampakkan bayi perempuan baru dilahirkan dari tingkat dua, rumahnya ke dalam longkang di flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila, mayat bayi itu ditemui orang awam, yang melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, mayat mangsa yang masih bertali pusat itu berada dalam keadaan tertiarap dalam longkang tersebut.

“Polis mengesan ibu mangsa itu yang tinggal di flat terbabit.

“Kita tahan dia kira-kira jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Abdul Rahim berkata, hasil soal siasat awal, suspek mengaku melahirkan bayi terbabit kira-kira jam 4 pagi dalam tandas asrama yang disediakan pemilik restoran dia bekerja.

Menurutnya, suspek yang panik selepas mendapati bayi dilahirkan tidak bernyawa, bertindak membuang bayi itu ke dalam longkang.

Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang bekas askar, Zahrizan Shaari, 27, berkata, dia diminta jirannya melihat sesuatu dalam longkang perumahan tersebut.

“Saya baru sampai dari Jengka, Pahang lebih kurang jam 7 pagi tadi (semalam). Tiba-tiba ada seorang pak cik panggil, minta saya sahkan sama ada objek dalam longkang adalah bayi atau tidak.

“Bila saya tengok memang betul ada bayi perempuan dalam keadaan bogel tertiarap di situ. Saya terus maklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Zahrizan berkata, dia tahu remaja itu tinggal bersama kawan-kawannya di tingkat dua flat berkenaan.



" Tidak aku ciptakan manusia , sebaik-baik ciptaan" At-Tinn

Terpanggil untuk membahaskan isu buang bayi, meskipun telah hadam isu ini, malangnya
semakin menjadi, setiap hari semakin ramai bayi-bayi umpama patung buruk pabila tidak diperlukan di bunuh. Tergamak sekeping hati bernama wanita membunuh jiwa yang bersih bernama bayi, dimana sifat keibuannya?.

Ternyata ramai anak-anak syurga telah masuk ke dalam syurga, mereka bahagia di Syurga. Tetapi pertanyaannya bukankah dosa membunuh jiwa itu harus dibalas dengan qisas atau ta'zir. mengikut perlembangaan sivil, akta 302 di jatuhkan kerana membunuh dengan niat atau sengaja.Mengapa membunuh FITRAH yang bersih ? bukankah itu menambah murkanya ALLAH ?

Tiada yang sempurna baik laki-laki atau perempuan, pertanyaannya apakah setelah tersesat dari orbit FITRAH, tidak ingin kembali ? Mengapa menjauhkan diri dari FITRAH, menjauhkan diri dari ALLAH? Mengapa? Apakah hilang pedoman kehidupan? Apakah bisikan Syaitan membuat kita bangga dengan membunuh jiwa bersih yang suci? Apakah dengan itu membuat jiwa kita bahagia?? ternyata di Dunia hukuman menimpa dan Akhirat jauh lebih pedih....


Tidak akan ada bayi, tanpa sperm dan ovum, kecuali kelahiran Isa ibn Maryam A.S...Namun demikian, tiada Cinta bertepuk sebelah tangan melainkan rogol secara paksa. ALLAH Maha Mengetahui. Meskipun jiwa sudah penuh dengan dosa dan noda. Tetapi mengapa menambah kehitaman di hati? Apakah sudah tidak puas? Apakah dengan melakukannya dapat menutup malu ? ternyata Pengetahuan ALLAH melewati pengetahuan manusia, bukan sahaja keluarga tahu, malah 1 malaysia atau 1 dunia mengetahuinya....

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan FITRAH, ibubapanya yang menjadikannya Yahudi , Nasara dan Majusi" Al-Hadith..

Anak itu tetap fitrah, ibu bapanya yang telah menjadi yahudi, nasara dan majusi.Hatta, binatang pun tidak membunuh jiwa bersih, Mengapa khalifah membunuh jiwa yang bersih?? Mengapa sebaik-baik manusia menurunkan martabat di bawah binatang, setelah ALLAH memuliakannya dihadapan para Malaikat dan di anugerahkan sebaik-baik ciptaan....