Showing posts with label politics. Show all posts
Showing posts with label politics. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Yb Dr Lo lo' dalam kenangan.....


Mengenali YB Dr Lo lo' Dato' Mohd Ghazali pada tahun 2004, saat itu saya mengenali beliau sejak Pilihanraya Umum ke 11. Waktu itu, Dr Lo lo' bertanding di Parlimen Bukit Gantang, tetapi kalah. Ketokohan Allahyarhamah Dr Lo lo' menjadi bualan guru-guru agama, termasuk guru saya. saya mula meminati untuk mengenali Allahyarhamah yang lantang bersuara untuk kebenaran dan sangat aktif dalam Dewan Muslimat Pas, dari Dewan Muslimat PAS ke Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Al-Marhumah diberi kepercayaan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihanraya Umum ke 12, tahun 2008. Mendengar khabar itu betapa seronoknya saya , bahawa Dr Lo lo' akan bertanding di kerusi parlimen Titiwangsa. Dalam percaturan politik, Al-Marhumah mempunyai potensi besar untuk menang, kerna sikapnya yang lemah lembut, tetapi tegas. Sangat rajin bekerja untuk rakyat, dari ramalan saya, beliau akan menang jika permainanya secara adil dan bersih. Alhamdulilah Al-Marhumah YB menang dan beberapa YB lain turut menang akibat tsunami politik 2008 dan bermulalah era sebagai YB...

Allahyarhamah Dr Lolo' sangat lantang di parlimen, sangat concern pada isu2 yang berkaitan rakyat. Saya menonton Sidang Dewan rakyat, dan melihat bagaimana Allahyarhamah memperjuang Hak rakyat terutama di Parlimen Titiwangsa. Beliau menggalas amanah yang diberikan dengan jujur tanpa mengira penat lelah. perjuangan untuk warga Titiwangsa.

Allahyarhamah dikhabarkan mengidap Kanser paru-paru sejak beberapa bulan yang lalu,
ini pun dikhabarkan oleh anak saudara Allahyarhamah yang juga sahabat saya di UIA. Pada
malam ini 17 Julai 2011, Ahad , jam 10:00 malam lebih. Beliau pergi menemui ALLAH yang ternyata lebih menyayanginya selepas bertarung dengan penyakitnya, YB Dr Lo lo' pergi selama-lamanya. Beliau adalah salah seorang ikon saya dalam politik. Ternyata saya kagum dengan Allahyarhamah, dan saya luahkan pada anak saudaranya, betapa saya kagum dengan Al-marhumah kerna Allahyarhamah Dr Lo lo' mempunyai gaya tersendiri dalam politik, hatta dalam PAS, beliau seorang aktivis yang sangat komited dengan parti , hingga di hormati sebagai pejuang. Dan kini Al-Marhumah Dr Lo lo' pergi , meskipun beliau pergi namanya akan diingati, semangatnya mengalir dalam darah pejuang -pejuang keadilan dan kebenaran....

Al- fatihah buat Allahyarhamah YB Dr Lo lo' Dato' Mohd Ghazali dan salam Takziah buat keluarga Al-Marhumah..Moga ALLAH berkati roh dan tempatkan AL-Marhumah di tempat yang solehah. perjuangannya akan di kenang sepanjang zaman......



Friday, February 11, 2011

Egypt Revolution......

Firstly very sorry agak lewat update blog....banyak kerja2 rasmi kt IIUM nak diselesaikan,,,..

Secondly , Appreciation to all Arabian, finally you already open your eye..to see how Leaders that know about Islam and Know Allah as the Supreme, Most Sustainer , but without feel guilty after tens years rules..rob public property, deligate project to family members and etc. This an example of leader that without fear, rob people property behind the subject. After a years, promise of Allah comes to change and the message s clear to tell you leaders " Times up"..Its time all your dirty job behind people will been shown to the worldwide soon. All praises to Allah , Who already topple Pharoah during prophet Moses time, Namrudz during Prophet Abraham and few Kings and leader had been topple down by Allah through disaster or rise of the people..This is clearly the reminder from Allah that Power and authority should be done according to the matter.Not to misused it, However they broke it and this is the end of cruel leadership, but is not enough until you repent and return all what you had take from the people. If not, the Supreme Judges will Judge you and the deeds that you done will deducted to cover all your sins towards people..

Thirdly, menjelang Election Campus....I would like to see , either challenge competition between Pro-M and Aspirasi...

Lastly...Lonely ...and need a mate...

Sunday, January 16, 2011

~ Kebangkitan Rakyat~


Jumaat baru-baru ni menjadi saksi kebangkitan rakyat Tunis menjatuhkan Presiden
ZainalAbidin . Senario politik Tunis berubah landskap, memenangkan rakyat hingga Presidennya"
lari lintang pukang bersama keluarga ke luar negara. Rakan sejawat dari France Nicolas Sarkozy tidak mampu menyelamatkan Presiden Zainal Abidin dari kemaraan rakyat Tunisia. Kebangkitan ini menjadi suara kebangkitan kaum muslimin untuk terus berjuang mempertahankan prinsip keadilan, kebenaran , ketelusan. Rakyat bangkit ingin prinsip-prinsip tersebut terus bersemai di bumi Tunisia. Justeru bagaimana dengan bumi tercinta Malaysia??? Saudi Arabia?? dan beberapa bumi kaum muslimin yang ditindas oleh pemimpin dari kaum muslim yang tertipu dengan kuasa yang diberi oleh Allah melalui rakyat. Therefore, be mind on people's power. Peoples voice!!!


By election Tenang will be the field for 2 major parties and alliance to win peoples heart. Tenang is under the Parliament of Labis, therefore this by election will see the confidence people towards Malaysia PM Dato' Seri Najib Tun Razak and in waiting PM Dato' Seri Anwar Ibrahim in battle of Tenang. This by election also will measure how the peoples make their decision to choose a representative for assembly house. The peoples decision is very important in order to see how smart they are in looking the opportunity for their benefit. Definitely, the measurement of people intellectual is base how they measure the manifesto of both parties. ....

The story of Tenang will be update begins toningt, as Pakatan Rakyat will announce their candidates in battle of Tenang..Who's gonna represent Pakatan rakyat??.. What's the advantage for the candidates to win peoples heart....Update the situation i will, Insyaallah

Thursday, October 28, 2010

Parliament mission



Hari ini adalah hari yang bersejarah kerana buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia. Kehadiran di Parlimen Malaysia atas ajakan seorang sahabat yang kebetulan ayahnya bertugas di Dewan Rakyat selaku Ahli Parlimen ( Nama " Secret" atas privacy and Keselamatan). Tetapi menarik.

Perjalanan bermula jam 8.00 pg dari KTM, Shah Alam terus ke KL Sentral dan menaiki LRT Putra menuju KLCC, bertemu sahabat Nidhal dan terus ke hotel yang berdekatan dengan Masjid As-Syakirin ( KLCC). Setiba di hotel , telah disambut oleh YB, dan terus diajak bersarapan. YB yang mesra rakyat tidak kekok dan terus dengan senyuman dan perkongsian. banyak Ilmu dan pengalaman dapat dikutip dalam sesi muzakarah sambil makan...

Jam 11 pg and Lebih terus ke Parlimen , tinggalkan IC dan ambil Pas Pelawat di Gate Parliament.Terus kena scan di lobby Parliament , Masuk dewan rakyat, sedang berlangsung sesi Soal Jawab Oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada Menteri. 11:30 , Perbahasan oleh YB Pasir Putih hingga 12.00, tetapi sebelum itu ada bantahan dari beberapa Ahli Yang Berhormat dari Batu gajah, Kucing and etc. Selepas ,itu Yang Berhormat dari Dungun membuat perbahasan.


Selepas itu ke makan tengah hari dirumah Makcik Nidhal, di PJ...pekena meehon sup and Kek,kehadiran disambut dengan penuh kasih sayang...seolah-olah dah lama kenal...Itulah adat dari Pulau Mutiara..Sekitar Jam 4:00 ptng. Kembali semula ke Parlimen,tetapi kini di halaman Parlimen, melihat keluar-masuk menteri,YB BEBAS,YB Pakatan dan yang terbaik YB Pasir Salak, serius wajahnya. melihat hanya Menteri dan timb menteri menggunakan kereta nasional Proton, tetapi ada Ahli YB yang guna MERCEDEZ,BMW and ETC...YB pakatan Toyota Fortuner..hehehe

jam 5.30, bertolak pulang ke rumah melalui LRT - Bas - Shah Alam.( Siap ada offer nak jadi PA`YB, Insyaallah !!! ok). Ada perancangan untuk ke Parlimen lagi, itu pun ada jemputan ..Insyaallah ingin lebih lama dan berbincang dengan Ahli-Ahli yang Berhormat....Terbaik dari Parlimen. Terima kasih Sahabat Nidhal dan bapanya atas layanan amat Kasih Sayang, dengar khabar akan berlepas ke Galas...

" Misi di Galas , Bulan tetap terang menggelap Keris"
Bulan Sabit menerang untuk keadilan menggantikan dacing berat sebelah di Batu Sapi"

4 Nov penentu Harapan baru rakyat Malaysia

Tuesday, September 7, 2010

Menjelang Kongres PKR 2010




Musim Pemilihan Pimpinan baru PKR sedang rancak berjalan bermula dari peringkat Ranting dan kini Peringkat Cabang dan seterusnya Negeri dan Pusat. Pemilihan ini dilihat penting bagi People Justice Party untuk persiapan PRU 13. Pimpinan inilah akan membaiki segala kelemahan sejak PRU 12 hingga kini, Isu2 LOMPAT PARTI yang kebanyakannya dikalangan Ahli Parlimen dan ADUN , antara krisis yang paling teruk PKR adalah kejatuhan Kerajaan PAKATAN RAKYAT PERAK, dibawah Pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin tumbang akibat Terlompatnya 2 ADUN dari PKR dan 1 DAP. Pemilihan ini juga dilihat ,Halatuju PKR itu sendiri pada masa depan sebagai Seteru Utama dalam kompenan Pakatan Rakyat.

Pemilihan ini juga akan melihat, tabiat atau sikap pemimpin parti itu sendiri, adakah disenangi oleh ahli akar umbi, atau "syok sendiri" dalam menjalankan rakyat.Kebetulan untuk kongres kali ini akan menggunakan sistem undi atau pilihanraya parti, ahli akan menggundi pemimpin pilihan mereka. Di Peringkat Cabang sahaja, ada sudah persaingan 3 penjuru, antaranya, Cabang Kuala Selangor, yakni Ketua Cabang ; MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditentang oleh 2 tokoh hebat di Kuala Selangor. Di Cabang Pantai Dalam; YB Nurul Izzah Anwar juga akan ditentang, suburnya demokrasi dalam PKR,tetapi lidah mudah mengungkap, tetapi adakah pertandingan ini untuk diri sendiri atau untuk RAKYAT??...Soalan ini hanya untuk calon2 yang terlibat dalam Pemilihan PKR itu sendiri.


Pemilihan diperingkat AMK( Angkatan Muda Keadilan) sayap yang paling banyak dapt sokongan berbanding Pemuda UMNO. Kerusi panas yang ditinggalakan Oleh mantan Ketua AMK , Senator Ezam Mohd Noor, kerusi tersebut telah diganti oleh Shamsul Iskandar Mat Akin, aspirasi pemuda dalam arena politik terus diperjuang, menyebabkan AMK ,popular dikalangan pemuda.Kini AMK akan terus dengan misi yang lama atau yang baru ditentukan kemudian, kerana Calon yang akan merebut kerusi Ketua AMK pun bukannya calang-calang orang. Shamsul Iskandar Mat Akin, Badrul Hisham Shahrin (CHegu Bard), dan beberapa calon lain..Masing merupakan bekas pemimpin pelajar universiti, justeru menjadikan belia selaku pewaris pimpinan negara akan di inspirasikan oleh Angkatan Muda Keadilan, dengan bantuan Sayap Sri Kandi ..AMK akan mencorakkan parti PKR yang mungkin selama ini berorietasikan Pemimpin tetapi bukan nnya Visi sebenar PKR itu ditubuhkan.



Di peringkat nasional hangat yang teramat , untuk Kerusi " Timbalan Presiden PKR". Ramai pemerhati dan ahli menjangka, Pertandingan Timbalan Presiden panas...

Pertama: Pengganti atau waris dari Datuk Seri Anwar selaku Ketua Umum untuk memimpin
Parti.

Kedua: Akan menentukan Ketua untuk Pilihanraya kelak.
Ketiga: Akan berada di dalam kabinet Malaysia ( sekiranya PR memerintah )

Keempat : Akan mencorakkan atau menjernihkan kembali PKR itu sendiri.

Senator Dr Syed Husin Ali, kebarangkalian akan mengundurkan diri kerana faktor umur dan kesihatan. maka akan ada pertandingan. calon-calon yang dijangka bertanding juga hebat-hebat belaka iaitu : YB Azmin Ali ( MP Gombak, Naib Presiden PKR), Datuk Zaid Ibrahim( MPN WP), Mustaffa Kamil Ayub( MPN Perak), dan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim( K.Cabang KS)...tetapi dijangka hanya Azmin dan Datuk Zaid. In Term of Popularity, Azmin dijangka dapat menewaskan Datuk Zaid, in term of service untuk rakyat better, Datuk Zaid, kerana Datuk Zaid mnurunkan diri dan join PKR in term of Justice. Kalau nak bahas orang lama atau orng baru, Ezam dan Azmin pun lama, tetapi Ezam berpaling tadah dan menjadi tali barut UMNO. YB Datuk Zahrain meski baru, tetapi lama menjadi sahabat Anwar.

Pemimpin yang seharusnya adalah pemimpin yang ikhlas membantu rakyat ,bukan ingin Jawatan semata. Justeru, ahli akan membuat keputusannya dalam memilih " Kepala yang ADIL dan PRIHATIN"...No point nak melobi, macam perangai UMNO je....


" KUASA RAKYAT ,KUASA KERAMAT"

SELAMAT KITA BERUNDI!!!!

Thursday, August 5, 2010

Nukilan khas YB Datuk Mahfuz Omar( MP Pokok Sena)


Nukilan untuk Y.A.B Perdana Menteri.

Assalamualaikum Y.A.B Perdana Menteri,
Dengar Khabar sedang bercuti,
Bercuti pula diluar negeri,
Ini adalah 1 nukilan buat Datuk Sri

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi,
FDI pula merundum lagi ;
Jenayah kian menjadi-jadi
Perdana Menteri bercuti diluar negeri.

UPSR dan PMR tak menetu lagi,
Dikurangkan pula rakyat punya subsidi
Harga petrol/diesel gas masak dan gula naik lagi,
Rm 222 juta kepada Kuala Dimensi, kerajaan kasi ,
Perdana Menteri bercuti diluar negeri.

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri,
Bajetnya sekadar pencen arwah suami,
Barangan keperluan melambung tinggi,
Perdana Menteri Bercuti Diluar negeri.


Muthusamy pergi bekerja setiap hari.
Dia kerja bawa teksi,
Mengeluh dia minyak kurang subsidi,
Perdana Menteri bercuti diluar negeri,


Ong sekarang senyum sendiri,
PKFZ hantu sudah mali,
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi,
Perdana Menteri bercuti diluar negeri,


Joseph mengeluh sekali lagi,
Apa sudah jadi kes projek M di Sabah ni,
Pendatang haram pun dapat IC,
Perdana Menteri bercuti diluar negeri


Kasihan kaum Penan dibumi sendiri,
Tanah serta Hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti,
Perdana Menteri bercuti diluar negeri bukan dengan duit sendiri;
Tapi ambil duit rakyat sendiri;
Inilah KPI Perdana Menteri



ESP: hahaha, inilah KPI khas Untuk Pak Najib 1Malaysia..syabas Rakyat Malaysia sebab dapat PM yang " Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", Selamat Bercuti PM 1Malaysia.

Saturday, April 17, 2010

Evolusi Kembali lagi...!!!!





Pilihan raya Kembali lagi selepas berehat dari DUN Bangan Pinang..Keputusan sekarang 7-2...Selepas mangkatnya Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR)..maka suatu evolusi pilhanraya terjadi... Battle antara Hak dan batil..battle antara Keadilan dan Kezaliman ..Battle antara Rasuah dan hak Rakyat..Battle antara Datuk Zaid Ibrahim( PKR) vs Kalamanathan ( MIC-BN)..Battle antara Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Muhyiddin....Battle antara Tan Sri Khalid ibrahim dan Datuk Noh Omar.. battle antara 1 malaysia dan harapan baru rakyat Malaysia ..

Battle diantara kayu ukur pencapaian dan penerimaan rakyat pada Pakatan Rakyat selepas 8 mac..Penerimaan Rakyat pada Dato Menteri Besar dan Exco PR atau Protes besar-besaran pada 1 Malaysia atau PM nyer...atau Parti Persekutuan..

Hari ini 17 April 2010 adalah Pendaftaran Calon PRK 094 : Hulu Selangor...Adakah Sejarah Bukit Selambau berulang...ramainya calon Bebas yang nak tegakkan demokrasi. Adakah Hulu Selangor menyaksikan 1 lawan 1 atau lebih penjuru???.....Keunikan Parlimen Hulu selangor ialah Adun-adunya dari Bn tetapi Parlimen dari PKR..bermakna rakyat lebih suka adunya dari Ahli Parlimennya.....Kali ini barangkali ada perubahan dari segi tempat duduk Ahli parlimen atau Undi makiin bertambah....

pada tanggal 23 April 2010..adalah hari dimana Keputusan telah ditetapkan Oleh Yang Maha Kuasa..rakyat dan gunakan Kuasa Keramat....tiada Siap boleh mengklentong Rakyat seperti 50 tahun dulu....rakyat makin bijak....Parti politik juga bijak berkempen dalam memastikan Rakyat akan mengundi Calon yang layak...Tetapi pada tarikh tersebut ..tiada siapa boleh pertikaikan Keputusan Rakyat...Kuasa Rakyat, kuasa Keramat..

Evolusi terjadi atau Tsunami Politik memukul badai...

: Kalau takut dipukul badai , Jangan Berumah Ditepi Pantai....
Kalau takut hilang deposit, jangan Berani ingin Bertanding...
Kalau takut diadili Rakyat , jangan Berani Jadi Pemimpin....
Kalau takut Lompat Katak, Jangan Berani ambil Amanah....

Isu Katak akan dibincangkan kemudian ..ingin mengumpulkan Katak2 dari Luar Negara pula...and nak Tunggu pula Cerita SIBu....Ada katak lagi ke???












Sunday, December 27, 2009

ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO










korang bila tengok gambar-gambar di atas tadi boleh caya ka yang depa tu ahli PAS..... aku tengok tak nampak pun walaupun 0.01% seperti wajah pejuang-pejuang PAS...... ini la 1 cara perang saraf umno terhadap Pakatan Rakyat

ESP Berkata:  Parti yang "desperate'  nak kuasa,  tak dapat nak  rampas kerajaan macam di Perak ,buat  hasutan minta Parti bersekutu keluar Pakatan. Selama 60 tahun merdeka ,belum pernah dengar memorendum desak  parti berkuasa di pihak Persekutuan keluar Barisan...Dasar hasad dengki dalam jiwa manusia belum habis lagi. Solat dah bertahun ,tapi dengki tak selesai lagi...Astagfirullah