Saturday, January 16, 2010

~ Perjalanan menuju hidup yang paling bermakna~







Semalam, saya pulang ke kampung halaman dengan lebih awal kerana adanya "Training 165" di MATRADE, Jalan Duta berhampiran Masjid Wilayah ,Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan menuju arah utara dengan menaiki KOMUTER milik KTMB terus menuju ke arah Rawang pada jam 12:26 tengah hari. Kerisauan mula terpancar,kerana khuatir tidak sempat menunaikan Fardu Jumaat.Alhamdulillah,KOMUTER yang dinaiki tidak banyak 'kerenah' tetapi agak panas kerana penghawa dingin yang rosak.Bayangkanlah,'train' yang penuh macam sardin dengan penghawa dingin yang rosak.Fuuh!!! agaklah meresahkan bila melihat muka-muka penumpang lain yang terpaksa berdiri dan menahan kepanasan.

Setiba di Stesen Kuala Lumpur, terus bergegas ke Masjid Negara kerana azan Jumaat telah berkumandang.Dalam perjalanan,saya telah melihat begitu ramai warga kota yang beragama islam dan berjantina lelaki berpusu-pusu menuju menyambut seruan Illahi.









Dalam banyak pemerhatian saya, saya telah melihat ada beberapa orang yang meminta sedekah pada hari tersebut, mereka juga bukan sahaja dikalangan warga tua,OKU, tetapi ibu-ibu tunggal juga kelihatan hingga menyebab hati ini merasa pilu bila melihat ibu-ibu tunggal, warga tua dan OKU meminta bantuan kewangan. Saya tidak mampu lagi untuk melihat, dalam hati ini berdoa agar Allah membantu mereka.

Di dalam otak berfikir, agaknya berapa ramai lagi yang bernasib seperti mereka dikala harga gula melambung naik sebanyak 20 sen..Kebetulan pula,khatib Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail berkhutbah mengenai keburukan makan gula banyak-banyak.

Selepas Jumaat, makan sebentar kat Warung depan masjid.Terkejut bila makan nasi briyani sekali dengan air RM 8..betul-betul sembelih.Tidak mengapalah, kerana perut pun dah kelaparan yang melampau.Selesai makan, bersegera ke Pasar Seni untuk menaiki bas B115 yang menuju Kompleks Mahkamah.

Setiba di MATRADE, terus buat lanjutan training.....

1 comment: