Saturday, February 4, 2012

~ Khutbah Wida' Rasullulah~



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.




Meskipun Baginda Rasullulah S.A.W telah meninggalkan ummat yang di rindukan 1400 tahun lamanya telah berlalu, pesanan agung baginda, kata-kata baginda melalui Hadith menjadi dorongan ummat baginda untuk sentiasa menrindui baginda Rasullulah....


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Ali Imran (144)

Sunday, January 22, 2012

~ pabila telah sampai seru~


nikah



Allah berfirman di dalam kitab sucinya.. Kalam teragung ..karya Cintanya...Tinta buat hamba yang di cintainya " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar-Ruum(21)

"


Allah menciptakan Hawa agar menemani insan lelaki bernama Adam. Di nikahkan mereka di syurga , maka tenteramlah di antara keduanya saling mencintai saling sabar antara satu sama lain . Pernikahan menjadi tuntutan , menjadi sebahagian dari syariat para rasul dan nabi agar mereka merasa tenteram antara keduanya.

Pernikahan adalah karunia teragung ALLAH buat bernama lelaki di mana pasangannya bernama wanita adalah pendamping setia, menjadi rahmat buat suaminya. Tenteram dan damialh buat mereka yang menemui cinta agung, turunan kasih sayang Ar-Rahman buat hambanya..Itulah tanda-tanda kekuasaan dan keluasan rahmat ALLAH buat hamba nya yang berfikir.

Pabila telah sampai waktu mu untuk menemui cinta yang membawa cinta mu kepada Ar-rahman , maka sesungguhnya saat dirimu melafazkan aqad sah , bahawa dirinya adalah cinta yakni turunan dari ALLAH, agar dirimu membawa cinta mu dan dirinya mendekat kepada Ar-Rahman dan Ar- Rahim. Cinta indah itu menjadi sunnah rasulmu, menjadi pendampingmu di Syurga ketika dirimu bertemu ALLAH kelak. Cinta agung itu menjadi keluarga rahmat keseluruh alam. Itulah Cinta dari turunan Ar-Rahman yang Maha penyayang


Cintailah dirinya yang ditakdirkan buatmu, kerana hakikat cinta itu adalah hakikat kebahagiaan mu di dunia dan kelak bertemu ALLAH . Cinta abadi itu , saat bukan aqal yang berbicara tetapi roh mu , jiwamu berbicara bahawa dialah hiasan duniaku. hiasan sebaik-baik hiasan , menjadi pengikut setia Ummul Mukminin Khadijah R.A, bijaksana seperti Ummul Mukminin Aisyah Binti Abu Bakar R.A. Sekaya Ratu Balqis (isteri Nabi Sulaiman) , Setabah Sumayyah R.A, semurah Asma' Binti Abu Bakar R.A. Selembut Fatimah R.A Binti Muhammad S.A.W. , puteri nya Rasullulah. Maka cintailah mereka wanita yang mengikut pesan kekasih ALLAH. Kerana Cintu itu adalah turunan dari Maha Pencinta ALLAH S.W.T


Wednesday, January 18, 2012

Exam just ended!!


Alhamdulilah !! All Praises to ALLAH , the exam just ended and now proceed with vacation period for a month before proceed with anew semester. There still lot of stories and isuue that i would like to discuss by using Blog as a medium. As u alls know that for a long time , i never appeared in this blog due to some cases. Insyaallah after this i will start to write and write until my last word. My latest issue is about baby abondement. And i also will continue my strory in gaining Emotional and Spiritual happiness...

But before that i need to decorate my blogg, Is anyone out there can give me a consultation on decorate my blog?? Your help is really appreciate

Now i also have my Twitter account :https://twitter.com/..do add me @zar 2005...


Tuesday, October 4, 2011

Jangan bunuhku Ibu!!!!!!






GOMBAK - Gara-gara mahu menyembunyikan kelahiran anak hasil daripada perhubungan haram, seorang pelatih restoran berusia 19 tahun, sanggup mencampakkan bayi perempuan baru dilahirkan dari tingkat dua, rumahnya ke dalam longkang di flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila, mayat bayi itu ditemui orang awam, yang melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, mayat mangsa yang masih bertali pusat itu berada dalam keadaan tertiarap dalam longkang tersebut.

“Polis mengesan ibu mangsa itu yang tinggal di flat terbabit.

“Kita tahan dia kira-kira jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Abdul Rahim berkata, hasil soal siasat awal, suspek mengaku melahirkan bayi terbabit kira-kira jam 4 pagi dalam tandas asrama yang disediakan pemilik restoran dia bekerja.

Menurutnya, suspek yang panik selepas mendapati bayi dilahirkan tidak bernyawa, bertindak membuang bayi itu ke dalam longkang.

Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang bekas askar, Zahrizan Shaari, 27, berkata, dia diminta jirannya melihat sesuatu dalam longkang perumahan tersebut.

“Saya baru sampai dari Jengka, Pahang lebih kurang jam 7 pagi tadi (semalam). Tiba-tiba ada seorang pak cik panggil, minta saya sahkan sama ada objek dalam longkang adalah bayi atau tidak.

“Bila saya tengok memang betul ada bayi perempuan dalam keadaan bogel tertiarap di situ. Saya terus maklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Zahrizan berkata, dia tahu remaja itu tinggal bersama kawan-kawannya di tingkat dua flat berkenaan.



" Tidak aku ciptakan manusia , sebaik-baik ciptaan" At-Tinn

Terpanggil untuk membahaskan isu buang bayi, meskipun telah hadam isu ini, malangnya
semakin menjadi, setiap hari semakin ramai bayi-bayi umpama patung buruk pabila tidak diperlukan di bunuh. Tergamak sekeping hati bernama wanita membunuh jiwa yang bersih bernama bayi, dimana sifat keibuannya?.

Ternyata ramai anak-anak syurga telah masuk ke dalam syurga, mereka bahagia di Syurga. Tetapi pertanyaannya bukankah dosa membunuh jiwa itu harus dibalas dengan qisas atau ta'zir. mengikut perlembangaan sivil, akta 302 di jatuhkan kerana membunuh dengan niat atau sengaja.Mengapa membunuh FITRAH yang bersih ? bukankah itu menambah murkanya ALLAH ?

Tiada yang sempurna baik laki-laki atau perempuan, pertanyaannya apakah setelah tersesat dari orbit FITRAH, tidak ingin kembali ? Mengapa menjauhkan diri dari FITRAH, menjauhkan diri dari ALLAH? Mengapa? Apakah hilang pedoman kehidupan? Apakah bisikan Syaitan membuat kita bangga dengan membunuh jiwa bersih yang suci? Apakah dengan itu membuat jiwa kita bahagia?? ternyata di Dunia hukuman menimpa dan Akhirat jauh lebih pedih....


Tidak akan ada bayi, tanpa sperm dan ovum, kecuali kelahiran Isa ibn Maryam A.S...Namun demikian, tiada Cinta bertepuk sebelah tangan melainkan rogol secara paksa. ALLAH Maha Mengetahui. Meskipun jiwa sudah penuh dengan dosa dan noda. Tetapi mengapa menambah kehitaman di hati? Apakah sudah tidak puas? Apakah dengan melakukannya dapat menutup malu ? ternyata Pengetahuan ALLAH melewati pengetahuan manusia, bukan sahaja keluarga tahu, malah 1 malaysia atau 1 dunia mengetahuinya....

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan FITRAH, ibubapanya yang menjadikannya Yahudi , Nasara dan Majusi" Al-Hadith..

Anak itu tetap fitrah, ibu bapanya yang telah menjadi yahudi, nasara dan majusi.Hatta, binatang pun tidak membunuh jiwa bersih, Mengapa khalifah membunuh jiwa yang bersih?? Mengapa sebaik-baik manusia menurunkan martabat di bawah binatang, setelah ALLAH memuliakannya dihadapan para Malaikat dan di anugerahkan sebaik-baik ciptaan....

Thursday, September 29, 2011

~ Life find away~





Menyambung "Life go on" yang kelmarin saya catatkan. Setelah sah bergelar Alumni ESQ 165 ,

Mahasiswa angkatan 9 , pada September 2009 membuat teman berubah sudut pandang dan

prinsip yang dipegang selama ini. Teman berusaha sedaya upaya untuk mengubah karakter

teman yang nyata teruk selama ini. Setelah 2 bulan menjadi alumni basic. Teman mengorak

langkah lagi menuju MCB atau Mission and Character Building pada Disember 2009,pada

angkatan ke 8. Teman ingat udah basic 2 hari cukuplah. oHHH Tidak!!!... Mission Statement

membuat teman terkedu, air mata berlinangan saat diminta menulis Misi Kehidupan.Ternyata

Mission Statement membuat teman tersungkur dalam doa dan bersyukur kerana Permaknaan

Syahadat sebenar teman dapatkan di Training MCB. Misi dan Visi yang jelas, tiada pemisahan

antara Dunia dan Akhirat. Dunia adalah ladang untuk akhirat, di mana hasilnya akan dituai di

sana kelak. Teman belajar bagaimana untuk menulis visi dan misi dan nilai. Bagaimana ingin

menjaga nilai seperti menjaga maruah sendiri dan juga diumpamakan seperti Perjalanan

Rasullulah di Uhud . The Climate selain menulis Visi dan Misi, modul terakhir dari hari yang

pertama , teman diajak bermuhasabah serta memaafkan insan-insan lain yang pernah

menzalimi teman. Teman diajak bagaimana untuk mengikut FITRAH yang sentiasa berbisik ke

arah kebaikan, tapi teman abaikan suara itu dan mengikut hawa nafsu. Betapa teman

bertambah terkedu hanya mampu istighfar yang banyak.....



Hari pertama dari Training MCB selesai, bermula hari kedua Training MCB

fokus kepada Character Building. perjalanan spiritual bermula dari surah Ar-

Rahman yang nyata membuka hati dan jiwa teman. Betapa banyak hingga tak

terhitung nikmat ALLAH pada hambanya. Selain itu ALLAH mengigatkan

hambanya agar tidak mendustakan nikmat karuniaNya.membuat teman

merenung setiap kalimah dan ayat dari Ar-Rahman. Setelah itu mula belajar lagi

bagaimana ALLAH membuat perumpamaan agar kita mampu berfikir di balik

kejadian semuanya ada tanda-tanda Kekuasaan ALLAH. Pembinaan Karakter

yang kuat tidak cukup dengan Logik, tetapi jiwa yang di bina untuk kuat hadapi

tsunami kehidupan. Teman melaluinya dengan banyak merenung diri. Betapa

banyak ujian ALLAH untuk teman agar dengan itu teman kut hadapi Kehidupan.

Tetapi teman alpa dan mohon agar ALLAH tarik kembali ujian itu. Tanpa teman

sedari bahawa itulah cara Ar-Rahman mendidik teman agar teman kuat.

Istighfar lagi teman!! banyak bermuhasabah untuk membina karakter. ....

Ternyata Rahsia pembinaan karakter telah diajar 1400 tahun iaitu di suatu

peristiwa Isra' dan Mi'raj dan itulah perintah SOLAT . SEMBAHYANG adalah

kaedah untuk membina Karakter dan membentuk nilai-nilai. Tetapi malangnya

nilai-nilai solat tidak dapat diaplikasikan dlam kehidupan.Oleh yang demikian,

Teman terkedu lagi dan kembali rebah , kerana ternyata solat-solat yang teman

dirikan membuatkan teman bertambah jauh dari ALLAH. Istighfar lagi teman.

Terlampau banyak kecacatan teman dalam mendirikan Solat hingga akibatnya,

perhubungan dengan manusia terlepas dari nilai-nilai solat yang teman dirikan.

ALLAH berfirman " Sesungguhnya Solat itu mencegah manusiadari perbuatan

keji dan mungkar ". Setelah itu teman banyak bermuhasabah kerna solat yang

tidak mampu teman usahakan agar mampu mengubah karakter buruk teman. "

Misi teragung, pengabdian pada ALLAH, Solat solusi kepada pembinaan

karakter"...Bersambung...




Tuesday, September 27, 2011

~Life go on~


\~ Mengimbas kembali perjalanan kehidupan dari seorang yang pasif, hanya layan novel-novel

dan hal-hal emosional...ya Semptember 2009, membuka mataku bahawa kebahagiaan bukan

cukup Fizikal dan Emosional , tetapi ada satu kebahagiaan jauh mendasar ke dalam jiwa

iaitu kebahagiaan Spiritual yang dilupakan tau dikaburi. Training ESQ 165 Mahasiswa

Angkatan ke 9 memberi ku peluang mengenali Kebahagiaan Spiritual yang ternyata lebih

manis dari segala kebahagiaan....Saat itu setelah 19 tahun harungi hidup umpama

" Si buta bertongkat" baru mengenali Pencipta yang Agung, Alangkah malunya seorang

yang berlatar belakang agama tapi hakikat tidak mengenali Tuhan Maha Esa..Air mata

mengalir kerna setelah 19 tahun baru tersedar dari mimpi kehidupan bahawa kenal Al-

khaliq tidak cukup dengan mata zahir tetapi harus kenal Al-khaliq dengan jiwa. Ku

pelajari bahawa selama ini belenggu persepsi dan prasangka telah menutup FITRAH

hingga kebaikan tidak dilihat mindset Out the box tak tercapai...Akibatnya FITRAH tak dapat

dikeluarkan hingga belenggu itu menebal. Ku membersihkannya dengan Istigfar dan air mata

agar FITRAH kebaikan dapat dikeluarkan. Setelah itu Ku harus lindungi FITRAH itu dengan 6

Prinsip dan ternyata prinsip2 ku untuk melindungi diri adalah salah dan ku pelajari Spiritual

Commitment iaitu Mencintai ALLAH di atas segalanya. Hampir jatuh karam diriku mendengar

kisah Ayahanda Ibrahim A.S dan Ismail A.S yang membuat ku berazam agar meraihnya untuk

harungi dunia agar tiada lagi air mata untuk Dunia tetapi Air Mata kerna diriku jauh

dari Pencipta. Spiritual integrity mengajarkan ku agar tidak mengharap balasan manusia ,

cukup Malaikat sebagi saksi dan ALLAH yang membalasnya. Leadership berasaskan tunjuk ajar

Rasullulah S.A.W membuat air mata bagai membanjiri diriku, kerna belum pernah seumur

hidup air mata untuk Rasullulah..." Ah Jahilnya aku saat itu kerna x pernah mahu belajar

kepimpinan dari Rasul sedangkan 1400 tahun kepimpinan yang sempurna dari Rasullulah".

Spiritual Learning , continues Improvemnet a.k.a kaizen..ingat Jepun je terror tapi 1400 tahun

Al-fatihah menjadi Kaizen paling sempurna kuriniaanALLAH buat hambanya, Al-Quran langkah

pembelajaran berterusan , solusi kehidupan dilengkap oleh Al-Karim ( maha Mulia). Ultimate

Vision membuat ku ingin mengayuh kehidupan hingga pertemuan denganNya tetapi betapa

yakin diri kita akan bertemu denganNya?? Kalaua Yaqin , apakah karakter kita merupai orang-

orang yang yakin??. Ikhlas dalam apa ju peranan laksana Matahari yang menyinari, Bulan yang

melembutkan dan Bumi yang menampung..Ku belajar Ikhlas dari Alam Semesta Raya ciptaan

ALLAH. ku ingap cukup dengan FITRAH, buang belenggu dan lindung dengan 6 prinsip.

ternyata tak cukup kerna ia harus di bangunkan dan dilaksanakan. 5 langkah untuk berjaya.

Misi yang ditetapkan, Karakter yang dibina, Mengawal diri , Berkobelarasi dan langkah yang

menyeluruh. 165 langkah Kebahagiaan di dunia hingga Akhirat...


Monday, July 18, 2011

Training ESQ Tingkat Dasar (Basic)



Training ESQ 165 , executive angkatan 59

22-24 Julai 2011

Flaminggo By The lake, Ampang..

Trainer : Dr HC Ary Ginanjar Agustian ( ESQ 165 Founder)

text me , 013-6154349
( Abu Zar)..