Tuesday, May 31, 2011

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics




Bangun je tidor, tiba-tiba angin diri mencari sebuah lagu, dengar ku lagu macm jepun2, mula-

mula type Hajime Kenzaki, rupa-rupanya itu story Kamen Rider, terus mencari band indonesia

yang lau nyer tajuk jepun..akhirnya ku temui " Ashiteru" entah kenape petang-petang ni nak

dengar lagu ni....lain macam rasanya...

Maka jejari pun mengepostka ia ke Blog ni...ni ajelah blog2 yang ku ada, kadang2 nak tulis,

kadang baca aje,..kini evolve nak dengar lagu pulak...

enjoy the song~~~

Monday, May 23, 2011

7 core values BUSHIDO


Ramai yang mungkin tidak akan lupa, bagaimana JEPUN suatu ketika dulu menyerang Tanah

Malaya, malah masih ada yang marah atas penjajahan JEPUN. Tetapi dalam masa yang sama

amat suka pada British, padahal sebelum ini amat marah dengan British, selepas je MERDEKA,

maka berkiblatlah MELAYU ke LONDON, segala hal sikit-sikit2 LONDON, hingga lupa mereka

pernah jajah tanah MALAYA, tetapi lupa untuk lihat ke JEPUN yang ternyata banyak yang

boleh dipelajari, al -malangnya lebih suka ENGLAND dan USA, sebagai method nak belajar.

Saya membayangkan kalau TANAH MELAYU belajar banyak dari JEPUN, ternyata

MALAYSIA akan menjadi negara industri yang terbaik selepas jepun, berpegang teguh pada

nilai-nilai yang JEPUN saat ini amalkan, ternyata MALAYSIA tidak perlu menuju ke Barat atas

alasan pelajaran, bahkan mereka akan menuju MALAYSIA untuk belajar...justeru, apakah

rahsia kekuatan bangsa JEPUN hingga berjaya dan terus bangkit untuk berjaya lagi....

Mereka berpegang pada 7 Core Values ( Bushido)

1) Gi = Integriti
2) Yu = Berani
3) Jin= Mencintai sesama
4) Re =Santun
5) Makoto= tulus
6) Meyo= Kehormatan
7) Chugo= Kesetiaan

7 prinsip ini ditanam oleh kaum Samurai= To serve,

Mereka menjadikan Bushido sebagai langkah untuk berjaya dan menjadi prinsip tertinggi

bangsa JEPUN sekitar 20-30 tahun yang lalu. Justeru, nilai-nilai ini ditanam teguh oleh Kaum

Samurai demi memastikan JEPUN seimbang dalam Intelektual dan Spiritual...

Wednesday, May 18, 2011

Pengumuman!!!



Assalamualaikum

Para satria yg dirahmatiNya, 21 Mei (Sabtu) akan diadakan Breakfast Preview khusus utk para Pengetua, Guru Besar, guru2, & PIBG. bertempat di Perpustakaan S.Alam. jam 8.30 - 11.30 pg.

mohon utk war2kan pd guru2 & parents. InsyaAllah akan disampaikan oleh Firdaus Djamaris. Tema "Ke Arah Membina Generasi Unggul"

Aturcara program:

8.30 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi

9.00 pagi : Pembukaan Majlis

: “Kisahku Remaja”

9.40 pagi : Rahsia Kejayaan: “Ke Arah Membina Generasi Unggul”

11.00 pagi : Diskusi

11.30 pagi : Bersurai


Mengharapkan warga pendidik untuk hadir demi manfaat besar untuk tamadun Umat Nabi Muhammad S.A.W

Tuesday, May 17, 2011

Im Back again!!!!

Berapa banyak kali " Im back again" daaa...sorry u guys macam chipsmore kejap ada , kejap x de,

..tapi chipsmore lagi sedapkan. actually, i busying rite now, reschedule my programme,

short semester pun dah start kan...ada training lagi, business lagi, study lagi...so lot of things need

to be done, but im always open this blog and update comment, itu pun kalau ter amat rajinlah

nak comment ..another one, eden x tahu nak focus isu mana,..

Kalau nak bicara politics = panjang lebar
kalau nak bicara Cinta = emosi berubah-ubah
Kalau nak bicara Spiritual = Jiwa puntak tetap

......
Konklusinya; diamlah kejap, nak cari idea..padahal,idea menulis dah bertimbun-timbun, ketika

berjalan, melihat..tetapi laptop pulah tak de kat tangan...ish2, however, i will update it


By the way before end my conversation kat entry ni
officially annouce


dilancarkan...tarikh tak ingat...

however
nick name dia: zaer nufc
email: zar_mufc10@yahoo.com..
singgalah2

Monday, April 18, 2011

4 Tingkat Training ESQ



For step to happiness with ESQ way 165, Feels the Experience and Get Meaningful Life , Its also is your partner in Character Building to Accelerate Culture Transformation...

ESQ Basic Executive KL 57
Holiday Villa ,Subang Jaya
22-24 April 2011 ( Friday- Sunday)
Trainer : Legisan Sugimin ( Dr Ary Ginanjar Agustian Cader)
get a promotion to join us...

To become Strong Character to face the challenge.....

contact me : Abu zar ( AOC 2020) , 013-6154349

Tuesday, March 15, 2011

Puisi Cinta

~ Hadirnya di kau, di kala dirimu terluka,
mencari ketenangan yang melara jiwa,
umpama rembulan tiada sinarnya,
betapa hidupmu tiada gunanya,

~ Hadirnya jejaka mengintai peluang,
menagih sesuap kasih, peneman jiwa,
membayangi diri betapa tinggi rendah langit dunia,
ternyata diriku hanya pengemis cinta mendamba cinta permaisuri,
~ kecantikanmu hanya silauan permata,
kemanisan senyumanmu , mencairkan jiwa yang membeku,
meskipun, mata zahir melihat kasar, tetapi jiwanya umpama sutera yang indah
kesetiaanmu umpama pakaian harianmu,
dilihat tegas, tetapi wajahmu penuh kemanjaan,
bercita-cita besar membangun tamadun,
bercinta penuh kesungguhan......

ternyata diriku melihat angin bayu terus menemani mu, kerna diriku tidak mampu menggapai cinta mu...

Wednesday, March 2, 2011

We Need future...





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

[B]1. Bersahaja[/B]

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

[B]2. Senang Bersama[/B]

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

[B]3. Terima Kita Seadanya[/B]

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

[B]4. Sentiasa Jujur[/B]

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

[B]5. Percaya Mempercayai[/B]

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

[B]6. Senang Bekerjasama[/B]

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

[B]7. Memahami Diri Kita[/B]

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

[B]8. Tampilkan Kelemahan[/B]

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

[B]9. Kata Hati[/B]

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

[B]10. Solat Istikharah dan Tawakkal[/B]

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- [LINK=http://iluvislam.com]Artikel iluvislam.com[/LINK]