Tuesday, September 7, 2010

Pemburuan dan Pencarian bakal berakhir


Ramadan telah melalui saat akhir pemergiannya, terdapat 1 malam di malam 10 yang terakhir dipanggi " Malam Al-Qadar".Sebuah malam yang dirakan didalam Al-Quran ,iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan ,iaitu bersamaan 83tahun...Pemburuan malam lailatul qadar sudah memasuki fasa terakhir iaitu malam ini,malam 29 Ramadan.Dikala itu persiapan Menyambut lebaran Fitrah terus diusahakan ketika Ramadan memasuki fasa terakhir dan malam yang pasti akan memberikan kenangan kepada pemburunya.

Lebaran Syawal, bakal mengambil alih pernanannya menggantikan Ramadan yang pasti akan memberikan impak kepada mereka yang menyukainya, kerana Ramadan lah adalah bulan suci, yakni Bulan yang dimana pintu Neraka ditutup-setutupnya, Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya.Amalan yang dilakukan diganda-segandanya kepada mereka yang menyucikan diri.Itulah kasih dari Pencipta buat HAMBANYA, dan hal ini hanya ditemui pada Bulan Ramadan. Benarlah, para Sahabat Nabi Muhammad, ketika Ramadan hampir meninggalkannya, maka mereka menangis kerana tidak mungkin akan menemui Ramadan ,pada tahun akan datang.








Bulan Ramadanlah antara bulan yang dimana ,para pedagang mencari rezeki, Bazar yang dibuka sepanjang Ramadan tidak akan ditemui dibulan-bulan lain. Barakah Bulan Ramadan akan terasa untuk mereka yang ingin menyucikan dirinya. Bagi mereka yang mengotorinya, Ramadan adalah platform untuk menambahkan keuntungan dunia semata, hingga melupakan Pencipta dan pemberi.Akibatnya, barakah tidak kekal lama.Rugi mendatang untuk tempoh 11 bulan akan datang.Itulah, Keberkatan Ramadan untuk peniaga yang ingin mencari rezeki mengalas perut mereka.

Ramadan juga, turunnya Kitab Suci Al-Quran, Perang Badar, Pengusaan Jerusalem oleh orang islam, dan Pembebasan Andalusia oleh Panglima Tariq bin Ziyad. Juster, bulan Ramadan adalah bulan yang degeruni oleh Yahudi dan Nasara. Kerana kekuatan tentera Muslimin pada Bulan Ramadan , justeru, hakikat kemenangan pada Bulan Ramadan. Kemenangan diraikan pada Bulan Syawal, sebagai hari kembalinya manusia kepada fitrah....


Kini, Ramadan berada hampir sangat pada penghujungnya,Justeru jom kita Top up amalan yang tertinggal....

No comments:

Post a Comment