Musim Pemilihan Pimpinan baru PKR sedang rancak berjalan bermula dari peringkat Ranting dan kini Peringkat Cabang dan seterusnya Negeri dan Pusat. Pemilihan ini dilihat penting bagi People Justice Party untuk persiapan PRU 13. Pimpinan inilah akan membaiki segala kelemahan sejak PRU 12 hingga kini, Isu2 LOMPAT PARTI yang kebanyakannya dikalangan Ahli Parlimen dan ADUN , antara krisis yang paling teruk PKR adalah kejatuhan Kerajaan PAKATAN RAKYAT PERAK, dibawah Pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin tumbang akibat Terlompatnya 2 ADUN dari PKR dan 1 DAP. Pemilihan ini juga dilihat ,Halatuju PKR itu sendiri pada masa depan sebagai Seteru Utama dalam kompenan Pakatan Rakyat.
Pemilihan ini juga akan melihat, tabiat atau sikap pemimpin parti itu sendiri, adakah disenangi oleh ahli akar umbi, atau "syok sendiri" dalam menjalankan rakyat.Kebetulan untuk kongres kali ini akan menggunakan sistem undi atau pilihanraya parti, ahli akan menggundi pemimpin pilihan mereka. Di Peringkat Cabang sahaja, ada sudah persaingan 3 penjuru, antaranya, Cabang Kuala Selangor, yakni Ketua Cabang ; MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditentang oleh 2 tokoh hebat di Kuala Selangor. Di Cabang Pantai Dalam; YB Nurul Izzah Anwar juga akan ditentang, suburnya demokrasi dalam PKR,tetapi lidah mudah mengungkap, tetapi adakah pertandingan ini untuk diri sendiri atau untuk RAKYAT??...Soalan ini hanya untuk calon2 yang terlibat dalam Pemilihan PKR itu sendiri.
Pemilihan diperingkat AMK( Angkatan Muda Keadilan) sayap yang paling banyak dapt sokongan berbanding Pemuda UMNO. Kerusi panas yang ditinggalakan Oleh mantan Ketua AMK , Senator Ezam Mohd Noor, kerusi tersebut telah diganti oleh Shamsul Iskandar Mat Akin, aspirasi pemuda dalam arena politik terus diperjuang, menyebabkan AMK ,popular dikalangan pemuda.Kini AMK akan terus dengan misi yang lama atau yang baru ditentukan kemudian, kerana Calon yang akan merebut kerusi Ketua AMK pun bukannya calang-calang orang. Shamsul Iskandar Mat Akin, Badrul Hisham Shahrin (CHegu Bard), dan beberapa calon lain..Masing merupakan bekas pemimpin pelajar universiti, justeru menjadikan belia selaku pewaris pimpinan negara akan di inspirasikan oleh Angkatan Muda Keadilan, dengan bantuan Sayap Sri Kandi ..AMK akan mencorakkan parti PKR yang mungkin selama ini berorietasikan Pemimpin tetapi bukan nnya Visi sebenar PKR itu ditubuhkan.
Di peringkat nasional hangat yang teramat , untuk Kerusi " Timbalan Presiden PKR". Ramai pemerhati dan ahli menjangka, Pertandingan Timbalan Presiden panas...
Pertama: Pengganti atau waris dari Datuk Seri Anwar selaku Ketua Umum untuk memimpin
Parti.
Kedua: Akan menentukan Ketua untuk Pilihanraya kelak.
Ketiga: Akan berada di dalam kabinet Malaysia ( sekiranya PR memerintah )
Keempat : Akan mencorakkan atau menjernihkan kembali PKR itu sendiri.
Senator Dr Syed Husin Ali, kebarangkalian akan mengundurkan diri kerana faktor umur dan kesihatan. maka akan ada pertandingan. calon-calon yang dijangka bertanding juga hebat-hebat belaka iaitu : YB Azmin Ali ( MP Gombak, Naib Presiden PKR), Datuk Zaid Ibrahim( MPN WP), Mustaffa Kamil Ayub( MPN Perak), dan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim( K.Cabang KS)...tetapi dijangka hanya Azmin dan Datuk Zaid. In Term of Popularity, Azmin dijangka dapat menewaskan Datuk Zaid, in term of service untuk rakyat better, Datuk Zaid, kerana Datuk Zaid mnurunkan diri dan join PKR in term of Justice. Kalau nak bahas orang lama atau orng baru, Ezam dan Azmin pun lama, tetapi Ezam berpaling tadah dan menjadi tali barut UMNO. YB Datuk Zahrain meski baru, tetapi lama menjadi sahabat Anwar.
Pemimpin yang seharusnya adalah pemimpin yang ikhlas membantu rakyat ,bukan ingin Jawatan semata. Justeru, ahli akan membuat keputusannya dalam memilih " Kepala yang ADIL dan PRIHATIN"...No point nak melobi, macam perangai UMNO je....
" KUASA RAKYAT ,KUASA KERAMAT"
SELAMAT KITA BERUNDI!!!!
No comments:
Post a Comment