Dunia hari ini diwarnai dengan pelbagai cerita yang mempunyai 1001 rasa dan pengalaman,Cerita Dunia ini telah dicipta sendiri oleh penghuninya yakni manusia yang juga khalifah Allah dimuka bumi. Inilah bukti kekuasaan Allah ,Ilmu Allah yang tidak dapat dijangkau oleh manusia dan semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuznya.
1) Kita mulai dengan politik dan pentadbiran
Pilihanraya Britain baru sahaja melabuhkan tirainya , Perubahan yang berlaku lebih dari 10 tahun telah terjadi. Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown telah tewas dalam Pilihanraya Umum Britain selepas mengambil alih dari mantan PM Tony Blair. Parti Buruh yang menjadi kerajaan telah tewas kepada Parti Konservatif pimpinan David Cameron dan hanya memenangi 306 kerusi parlimen , sementara Konservatif memenangi 258 kerusi dan Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg 57 kerusi,. Namun demikian , Konservatif ataupun Buruh tidak mampu membentuk Kerajaan kerana tidak punyai Majoriti di Parlimen. Maka akibatnya berlakulah pemujukan antara 2 parti yang mempunyai banyak kerusi untuk memujuk parti yang memenangi kerusi yang kecil untuk membentuk kerajaan.
Persoalannya adakah berjaya membentuk kerajaan perpaduan??? bukan mudah kalau tidak ada habuan atau janji???
2) Penutupan Lapangan Terbang disebabkan Gunung Berapi
Lapangan Terbang kedua di Barcelona telah ditutup disebabkan letusan Gunung Berapi Iceland.Sebelum ini, beberapa lapangan terbang di Eropah telah ditutup akibat letusan gunung berapi yang boleh membawa kesan kepada kapal terbang. Kali in Perancis, Sepanyol dan Portugal terpaksa ditutp kerana debu Gunung Berapi telah merebak di Atmosfera Eropah. Ratusan, malah jutaan manusia terperangakap akibat Gunung yang " sedang marah". Para saintis menjangakakan akan ada lagi siri letusan , tetapi tidak dapt menjangkakan bila..
Persoalannya , siapakah yang menyebabkan hal demikian terjadi??? Apakah punca-puncanya??
" Baca dengan Nama Tuhanmu"
3) Pengerusi gedung di England menjual syarikat....
Mohammed Al-Fayed , pengerusi syarikat gedung Harrods dijual kepada qatar Holdings. Harrods antara gedung terbesar di England ,setanding dengan nama seperti Mark & Spencer. Ia dijual dengan harga 1.5 billion Euro. Ramai pelanggn setianya tidak menjangka Mohammed Al-fayed akan bertindak demikian setelah ditubuhkan pada 1849. Beliau menjual kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga dan cucu-cucunya. Anak beliau Dody Al-Fayed telah meninggal dunia pada tahun 1990 +++ akibat kemalangan jalanraya di Paris bersama Mendiang Puteri Diana, menantu Queeb Elizabeth and bekas isteri pada Putera Charles dan ibu kepada Putera Williams & Harry...
Manusia makin lama meningkat umur, baki kehidupan yang diberi adalah untuk dimanfaatkan bersama orang tersayang dan mengabdi kepada Allah selagi boleh...
4) Perletakan jawatan Bishop kerana dituduh menzalimi kanak-kanak
Pope Benedict telah menerima perletakan jawatan Bishop Walter Mix of Augusburg. Kisah gereja melakukan penderaan kanak-kanak ,termasuk anak yatim melalui penderaann Seksual, memukul dan sebagainya. Kaum gereja telah ditentang habis oleh protestan kerna banyak melakukan penyelewengan dalam agama kristian .Hingga kini , Gereja Katolik tersu dikecam kerana banyak paderi sering melakukan penderaan pada kanak-kanak.Bishop walter meletakkan jawatan akhirnya ,barangkali tidak mahu lagi dituduh ataupun melarikan diri dari jenayah.
Dasar terang lagi bersuluh tiada agama yang lebih mulia berbanding islam. Pihak gereja tidak dibenarkan kahwin dan ini telah melanggar fitrah manusia. sedangkan islam tidak mengira siapa, darjat atau pangkat di sunnatkan berkahwin kerana itu adalah menyempurnakan 1/2 agamanya sekiranya berkemampuan untuk mengelakkan kes-kes sebegini lah.
Dari Antarabangsa ke Domestik...dari Dunia ke Malaysia
5) Penyalahgunaan kuasa yang berterusan
Selepas beberapa hari Negara dikejutkan dengan kematian adik Aminulrasyid akibat ditembak oleh polis.Kini terjadi lagi seorang remaja 17 tahun ditembak di usus oleh pihak polis sewaktu menaiki motosikal di Seremban. Kes sebegini telah lebih dari beberap kali yang dilaporkan cedera atau mati dalam tahanan polis. Selepas gempar dengan kematian Altantuya Shaaribuu di Bukit Cerakah ,A.Kugan di Subang Jaya, Teoh Beng Hock( SPRM) di Shah Alam, Aminulrasyid di Shah Alam . Ada beberapa mangsa yang cedera telah ditembak di Petaling Jaya ,shah alam dan Seremban. Hal ini amat merungsingkan rakyat kerana polis yang seharusnya mempertahankan rakyat jelata telah menyalah gunakan otoriti yang ada..ramai rakyat yang khuatir. Teringat suatu ketika dahulu, Sidang Dewan Rakyat gempar dengan pendedahan Ahli Parlmen Seputih YB Teresa Kok mengenai seorang tahanan wanita diarah ketuk -ketampi dalam keadaan bogel. Ini telah mempersoalkan integriti polis dalam mempertahankan rakyat dan negara dan mengabdi kepada Allah....
Adakah ini peringatan Allah kepada anggota POLIS DIRAJA MALAYSIA kerana banyak menyalah gunakan kuasa termasuk RASUAH , menjaga premis JUDI dan sebagainya.... Taubatlah!!!
6) Dari Hulu Selangor ke Sibu...
Selepas Pilihanraya Kecik Parlimen 094 Hulu Selangor dengan kemenangan Calon dari BN .Kini 1 lagi Pilihanraya Parimen 212 Sibu terpaksa diadakan berikutan penyandangnya YB Datuk Robert meninggal di Hospital Selayang. Mengikut undang-undang , Pilihanraya terpaksa diadakan selepas 60 hari kerusi tersebut kosong. Penamaan calon diadakn pada 8 Mei dan mengundi pada minggu hadapan. Calon Barisan Nasional kali ini ialah anak saudara mendiang Datuk Robert iaitu Robert Lau Hui Yew ataupun Robert Lau Junior, manakala calon Pakatan Rakyat ialah DAP yakni Adun Bukit Assek Richard Wong Ho leng dan seoarang adun Bebas iaitu Narawi Harun.
Ini adalah demokrasi yang diasaskan oleh British yang mana sistem ini sangat lemah dari ketelusan tetapi harus dilaksanakan sebagi tanggungjawab memilih pemimpin .Persoalannya, ciri-ciri pemimpin apakah yang harus kita pilih??? Adakah kerana boleh memberi bantuan duniawi ataupun bantuan ukhrawi.. Duniawi boleh jadi bantuan pelajaran, pembangunan dan sebagainya ..Ukrawi bantuan untuk membangun Spiritual dan modal insan. Pemimpin yang boleh menyatakan bahawa hidup adalah pengabdian kepada tuhan.
Itulah sedikit sebanyak coretan yang dapat dikongsikan mengenai dunia dan persoalannya..Hanya manusia yang berfikir dan merenung akan dapat jawapannya dipandu oleh suara hati bersumber dari Asmaul Husna.
No comments:
Post a Comment