Thursday, May 6, 2010

~ Antara Belajar dan Tiru~


Dunia kini tidak mampu lagi membezakan yang mana belajar dan yang mana Tiru. Ramai yang mengatakan bahawa meniru barat adalah sesuatu yang salah dan menyesatkan. Tetapi saya menyangkalnya kerana ada perbezaan yang ketara antara meniru dan dan belajar dari Barat.Bukan semua perkara dari barat adalah salah dan bukan semuanya betul.Banyak Ilmu yang sekarang digunakan oleh barat bersumber dari Islam. Justeru, Kita harus belajar untuk mengambil kembali hak milik Orang islam yang berkurun lamanya yang telah mereka gunakan.


( Ibnu Sina)

Meniru pula adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh sebilangan manusia , antaranya dari sudut fesyen,gaya hidup dan sebagainya. Ini yang biasa dilakukan oleh sebilangan manusia, tanpa memikir impaknya pada ummah dan tamadun. Barat hari ini telah berjaya memanipulasi keadaan. Inggeris berjaya membezakan antara Tiru dan belajar, ramai yang terpedaya dengan kenyataan dari barat ini. Segala yang bentuk yang melalaikan manusia seperti Clubbing, Muzik Terlampau-lampau, Hiburan tanpa sempadan menyebabkan segala Ilmu milik Umat Islam bersumbe dari Al-Quran dan As-Sunnah disimpan dan diterokai oleh barat hingga mampu mencipta Kegemilangan Tamadun dan akhirnya dijadikan Khazanah oleh bangsa Inggeris untuk Membangun dan mencipta tamadun.




Justeru, segala bentuk pelajaran dari Barat , asalnya adalah milik islam . dan segala bentuk hiburan yang telah menjatuhkan mereka pada zaman kegelapan , telah diajar kepada umat islam agar umat islam gagal bangkit dari kejatuhan. Oleh yang demikian, Ilmu yang datang dari barat untuk membangun tamadun bukanlah sesuatu yang menirukan dan kita perlu "Kaizen" apa ilmu yang mereka ada. agar sumber ilmu itu mampu membangunkan sebuah tamadun yang akan menguasai dunia.


Bukan semua yang membentuk hiburan itu adalh melampau , tetapi lebih gagal apabila tidak mampu dikawal oleh akal budi. Akal perlu mengawal jiwa untuk mengelakkan dari hiburan yang mampu menjatuhkan sesuatu tamadun. Dari hiburan yang terlampau lah , lahirnya Arak, dari arak lahirnya Seks bebas, dan ia berlarutan hingga suidah tiada apa lagi yang dibanggakan oleh seoarang manusia yang berakal

No comments:

Post a Comment