Sunday, July 17, 2011

Yb Dr Lo lo' dalam kenangan.....


Mengenali YB Dr Lo lo' Dato' Mohd Ghazali pada tahun 2004, saat itu saya mengenali beliau sejak Pilihanraya Umum ke 11. Waktu itu, Dr Lo lo' bertanding di Parlimen Bukit Gantang, tetapi kalah. Ketokohan Allahyarhamah Dr Lo lo' menjadi bualan guru-guru agama, termasuk guru saya. saya mula meminati untuk mengenali Allahyarhamah yang lantang bersuara untuk kebenaran dan sangat aktif dalam Dewan Muslimat Pas, dari Dewan Muslimat PAS ke Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Al-Marhumah diberi kepercayaan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihanraya Umum ke 12, tahun 2008. Mendengar khabar itu betapa seronoknya saya , bahawa Dr Lo lo' akan bertanding di kerusi parlimen Titiwangsa. Dalam percaturan politik, Al-Marhumah mempunyai potensi besar untuk menang, kerna sikapnya yang lemah lembut, tetapi tegas. Sangat rajin bekerja untuk rakyat, dari ramalan saya, beliau akan menang jika permainanya secara adil dan bersih. Alhamdulilah Al-Marhumah YB menang dan beberapa YB lain turut menang akibat tsunami politik 2008 dan bermulalah era sebagai YB...

Allahyarhamah Dr Lolo' sangat lantang di parlimen, sangat concern pada isu2 yang berkaitan rakyat. Saya menonton Sidang Dewan rakyat, dan melihat bagaimana Allahyarhamah memperjuang Hak rakyat terutama di Parlimen Titiwangsa. Beliau menggalas amanah yang diberikan dengan jujur tanpa mengira penat lelah. perjuangan untuk warga Titiwangsa.

Allahyarhamah dikhabarkan mengidap Kanser paru-paru sejak beberapa bulan yang lalu,
ini pun dikhabarkan oleh anak saudara Allahyarhamah yang juga sahabat saya di UIA. Pada
malam ini 17 Julai 2011, Ahad , jam 10:00 malam lebih. Beliau pergi menemui ALLAH yang ternyata lebih menyayanginya selepas bertarung dengan penyakitnya, YB Dr Lo lo' pergi selama-lamanya. Beliau adalah salah seorang ikon saya dalam politik. Ternyata saya kagum dengan Allahyarhamah, dan saya luahkan pada anak saudaranya, betapa saya kagum dengan Al-marhumah kerna Allahyarhamah Dr Lo lo' mempunyai gaya tersendiri dalam politik, hatta dalam PAS, beliau seorang aktivis yang sangat komited dengan parti , hingga di hormati sebagai pejuang. Dan kini Al-Marhumah Dr Lo lo' pergi , meskipun beliau pergi namanya akan diingati, semangatnya mengalir dalam darah pejuang -pejuang keadilan dan kebenaran....

Al- fatihah buat Allahyarhamah YB Dr Lo lo' Dato' Mohd Ghazali dan salam Takziah buat keluarga Al-Marhumah..Moga ALLAH berkati roh dan tempatkan AL-Marhumah di tempat yang solehah. perjuangannya akan di kenang sepanjang zaman......



No comments:

Post a Comment