Salam....
Saat berbicara tentang Cinta , Rindu mula mengasyikkan kepada si dia.
Kasih berbunga laksana Mawar merah menantikan saat dipetik.
Survey dibuat untuk comform belum diambil. Ikatan pertunangan menjadi langkah awal ke alam pasangan. Ijab dan Kabul menjadi saksi bahawa sah si dia menjadi milikmu.... maka bermulalah alam rumahtangga yang menjadi langkah membina keluarga...
Firstly, menulis tajuk ini bagai sudah lama tidak disuburi. Tetapi oleh kerana sudah ramai sahabat-sahabat teman melaluinya. Maka jiwa terpanggil untuk menulis , memandangkan teman sudah masak di alam percintaan yang tiada penghujung. Oleh perkataan " Cinta" berbagai ragam manusia terjadi , hanya 1 kata semua hasilya boleh jadi berbeza-beza. Esok pula tanggal 14 Feb yang digilai pasangan Cintan iaitu " Valentines Day" yang ternyata menjadi kontroversi agama. Teman ingat tidak ingin berbicara tentang Valentines kerana ternyata Agama Islam melarang ummatnya menyambut Hari kekasih , tetapi terpulang pada penganut agama lain mengenai Valentines.
Percintaan menghasilkan Sayang dan Rindu. Terpulanglah kemana Cinta itu dibawa. Kerana Cinta juga manusia menjadi rapat dengan Tuhan. Kerana Cinta manusia menjadi jauh dari Tuhan. Kerana Cinta , manusia hidup bahagia. Kerana Cinta juga ,manusia hidup sangsara. Maka dari definisi itu , kita boleh simpulkan betapa hebat Cinta , ia umpama pelali yang sama hebat dengan dadah, ia mampu mengambil alih peranan otak dalam diri manusia. Cinta dari hati yang tulus dan ikhlas keluar mencari subjek nya. Justeru, Hati yang lahir dari sanubari yang bersih akan mencari Tuhannya, manusia yang ingin dirapati atau perkara yang dia suka. Cinta yang baik akan membawa manusia menggapai reda Tuhannya. Sebaliknya, Cinta yang bertunjang Syaitan akan membawa manusia kepada lembah Neraka. Maka, perenggan ini ditutup dengan awas !! Mainan hati dan emosi. Kekuatan emosi akan menjadikan manusia cekal dan tabah ditambah kekuatan Spiritual yang menjadikan Manusia bertambah hebat kerana " The Ultimate Love" adalah milik yang mutlak kepada Pencipta sifat Cinta iaitu Allah.
Secondly, Tunang dan Nikah adalah landasan manusia berhubung sesama manusia yang berlainan jantina. Justeru, ia adalah paltform yang terbaik dalam berhubung dengan lainan jantina di bawah Reda Allah. Tanpa platform yang baik maka, berlakulah pelbagai masalah sosial baik dirumah , sekolah , negeri dan negara. Cinta yang tidak diawasi dengan baik akan mendorong :
1) komform dah teramat Rindu dan Cinta = Zina ..Naudzubillah....Moga dihindari teman dan sahabat-sahabat teman...
2) Perempuan mengandung anak luar Nikah. Lelaki tidak mahu bertanggungjawab atau Keluarga tdak merestui anaknya berkahwin,
3) Lahirnya anak-anak luar nikah yang terlampau ramainya.
4) Komform nak tutup malu, Bunuh anak-anak yang tidak berdosa.
5) Anak Perempuan disihkan keluarga, dan Keluarga mendapat malu.
6) Runtuhnya institusi kekeluargaan ( Suami isteri bergaduh menyalahkan sesama sendiri bukan mencari penyelesaian > akibat cerai..
7) Negara mendapat malu kerana statistik anak luar nikah paling ramai, remaja perempuan mengandung bawah umur, kes bunuh anak paling tinggi dan penceraian paling tinggi.
Inilah implikasi " Cinta" yang tiada sempadan , kerana Cinta 7 implikasi negatif yang saya boleh senaraikan, bahkan banyak lagi yang boleh di nyatakan. Maka , Platform yang baik, akan lahir impak-impak yang positif dan menjadi rahmat sesama manusia.
Finally, nak ucap tahniah kepada sahabat-sahabat teman yang berjaya menggunakan platform yang baik.
1) Intan Nadiah & Anuar( tunang sudah)
2) Radhi dan Aisyatul husna ( tunang juga)
3) Musa Abdul wahab & Afiqah Roslan ( Nikah)
dan adalagi yang teman tak dapat senaraikan
Semua Nikah muda....takde tunggu 25 and ke atas.. 20 ke atas dah langsung. tahniah diucapkan dari ber " Valentines" terus platform yang baik..selamat rukun rumantangga. Di Doakan berkekalan dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah.
" Ya Allah kurniakan kami Isteri yang solehah, Zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata .Dan" jadikan kami imam ( pemimpin yang bertakwa)
( Al- Furqan)
pililah jalan yang terbaik untuk menuju Reda Tuhanmu.
No comments:
Post a Comment