< With YB Dr Hj Yaakob Sapari ( ADUN Kota Anggerik ) during celebrate victory for DUN Kota Anggerik >
Semalam, daku bersama pasukan Ranting Seksyen 7 Anggerik dan Team
Cabang Shah Alam berkumpul di rumah YB di seksyen 4. Ada mesyuarat
mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal diadakan. Setelah ber'meeting'
bersama . Daku sempat berbual secara 'personal' dengan YB mengenai politik,
anak muda dan PRU. Daku membangkitkan beberapa isu sewaktu PRU 13 .
Terdapat beberapa kawasan di DUN Kota Anggerik yang daku "gazetkan"
sebagai kawasan merah. Kerana tiada satu peti undi yang dimenangi oleh YB,
terutama peti saluran 4 , 5 dan 6. Soalan daku, Apakah faktor kekalahan
tersebut? Mengapakah kalah?, Bagaimanakah masa depan Kota Anggerik ? .
Justeru dalam waktu yang santai.
YB menjawab .Kita tidak akan dapat sokongan 100% dari etnik Melayu kerana
memang "trend" nya Etnik Melayu akan berpecah kepada dua. Kalau kita menang
undi Melayu lebih dari 40% itu lebih baik. Daku bertanya bagaimana dengan masa
depan "Team Cabang Shah Alam", kerana daku adalah pengundi kali pertama.Undi
pemuda merosot teruk. YB menjawab pemuda hari ini harus keluar dari kepompong
kaum atau kuota .
Beliau memberi contoh dalam perniagaan. Seoarang penjual menjual barang bukan
kerana dia adalah Melayu, Cina atau India. Tetapi seorang penjual itu akan menjual
kerana kualiti barang yang dijual, perkhidmatan yang terbaik, alasan itu orang akan
membeli. Kita berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkerjaan bukan
kerana kuota atau ada peruntukan khas atau kerabat kepada beberapa pemimpin
politik. Orang Melayu masuk universiti bukan kerana dia ada kuota tetapi dia masuk
Universiti kerana dia layak berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Jika orang melayu mampu keluar dari kebergantunganpada kuota dan etnik. Orang
Melayu mampu bersaing diperingkat global hasil usaha mereka sendiri.
Kemudian YB menyambung, bahawa anak muda tidak suka akan protokol. Mereka
tidak suka dipisahkan dengan protokol feudal system. daku bersetuju dengan
kenyataan itu sebab daku sendiri tak suka protokol dan selama bersama dengan
perjuangan YB , daku lihat sendiri cara YB masuk ke dalam masyarakat . Hatta ketua
ku sendiri di Ranting 7 Anggerik sangat aktif dalam kebajikan wanita dan kemiskinan.
Daku sempat bersama dengan pasukan turun melihat kemiskinan ,kesusahan rakyat
dibawah. Amat sedih melihat mereka dalam sangat daif menyambut Aidil
Fitri.Sepanjang bersama YB dan pasukannya , daku belajar tentang kerendahan dan
kesusahan. Daku harap dapat terus bersama bukan mengambil untung dari politik
tetapi mengagihkan manfaat dari politik kepada masyarakat majmuk.
( Bersama YB Dr (ADUN KOTA ANGGERIK) with asnaf Jom Shopping Aidilfitri)
Aku macai kelas 3, takde apa-apa kepentingan melainkan belajar kesusahan orang lain, takde bayaran.....