Allah berfirman di dalam kitab sucinya.. Kalam teragung ..karya Cintanya...Tinta buat hamba yang di cintainya " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar-Ruum(21)
"
"
Allah menciptakan Hawa agar menemani insan lelaki bernama Adam. Di nikahkan mereka di syurga , maka tenteramlah di antara keduanya saling mencintai saling sabar antara satu sama lain . Pernikahan menjadi tuntutan , menjadi sebahagian dari syariat para rasul dan nabi agar mereka merasa tenteram antara keduanya.
Pernikahan adalah karunia teragung ALLAH buat bernama lelaki di mana pasangannya bernama wanita adalah pendamping setia, menjadi rahmat buat suaminya. Tenteram dan damialh buat mereka yang menemui cinta agung, turunan kasih sayang Ar-Rahman buat hambanya..Itulah tanda-tanda kekuasaan dan keluasan rahmat ALLAH buat hamba nya yang berfikir.
Pabila telah sampai waktu mu untuk menemui cinta yang membawa cinta mu kepada Ar-rahman , maka sesungguhnya saat dirimu melafazkan aqad sah , bahawa dirinya adalah cinta yakni turunan dari ALLAH, agar dirimu membawa cinta mu dan dirinya mendekat kepada Ar-Rahman dan Ar- Rahim. Cinta indah itu menjadi sunnah rasulmu, menjadi pendampingmu di Syurga ketika dirimu bertemu ALLAH kelak. Cinta agung itu menjadi keluarga rahmat keseluruh alam. Itulah Cinta dari turunan Ar-Rahman yang Maha penyayang
Cintailah dirinya yang ditakdirkan buatmu, kerana hakikat cinta itu adalah hakikat kebahagiaan mu di dunia dan kelak bertemu ALLAH . Cinta abadi itu , saat bukan aqal yang berbicara tetapi roh mu , jiwamu berbicara bahawa dialah hiasan duniaku. hiasan sebaik-baik hiasan , menjadi pengikut setia Ummul Mukminin Khadijah R.A, bijaksana seperti Ummul Mukminin Aisyah Binti Abu Bakar R.A. Sekaya Ratu Balqis (isteri Nabi Sulaiman) , Setabah Sumayyah R.A, semurah Asma' Binti Abu Bakar R.A. Selembut Fatimah R.A Binti Muhammad S.A.W. , puteri nya Rasullulah. Maka cintailah mereka wanita yang mengikut pesan kekasih ALLAH. Kerana Cintu itu adalah turunan dari Maha Pencinta ALLAH S.W.T