Saturday, February 4, 2012

~ Khutbah Wida' Rasullulah~



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.




Meskipun Baginda Rasullulah S.A.W telah meninggalkan ummat yang di rindukan 1400 tahun lamanya telah berlalu, pesanan agung baginda, kata-kata baginda melalui Hadith menjadi dorongan ummat baginda untuk sentiasa menrindui baginda Rasullulah....


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Ali Imran (144)

Sunday, January 22, 2012

~ pabila telah sampai seru~


nikah



Allah berfirman di dalam kitab sucinya.. Kalam teragung ..karya Cintanya...Tinta buat hamba yang di cintainya " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar-Ruum(21)

"


Allah menciptakan Hawa agar menemani insan lelaki bernama Adam. Di nikahkan mereka di syurga , maka tenteramlah di antara keduanya saling mencintai saling sabar antara satu sama lain . Pernikahan menjadi tuntutan , menjadi sebahagian dari syariat para rasul dan nabi agar mereka merasa tenteram antara keduanya.

Pernikahan adalah karunia teragung ALLAH buat bernama lelaki di mana pasangannya bernama wanita adalah pendamping setia, menjadi rahmat buat suaminya. Tenteram dan damialh buat mereka yang menemui cinta agung, turunan kasih sayang Ar-Rahman buat hambanya..Itulah tanda-tanda kekuasaan dan keluasan rahmat ALLAH buat hamba nya yang berfikir.

Pabila telah sampai waktu mu untuk menemui cinta yang membawa cinta mu kepada Ar-rahman , maka sesungguhnya saat dirimu melafazkan aqad sah , bahawa dirinya adalah cinta yakni turunan dari ALLAH, agar dirimu membawa cinta mu dan dirinya mendekat kepada Ar-Rahman dan Ar- Rahim. Cinta indah itu menjadi sunnah rasulmu, menjadi pendampingmu di Syurga ketika dirimu bertemu ALLAH kelak. Cinta agung itu menjadi keluarga rahmat keseluruh alam. Itulah Cinta dari turunan Ar-Rahman yang Maha penyayang


Cintailah dirinya yang ditakdirkan buatmu, kerana hakikat cinta itu adalah hakikat kebahagiaan mu di dunia dan kelak bertemu ALLAH . Cinta abadi itu , saat bukan aqal yang berbicara tetapi roh mu , jiwamu berbicara bahawa dialah hiasan duniaku. hiasan sebaik-baik hiasan , menjadi pengikut setia Ummul Mukminin Khadijah R.A, bijaksana seperti Ummul Mukminin Aisyah Binti Abu Bakar R.A. Sekaya Ratu Balqis (isteri Nabi Sulaiman) , Setabah Sumayyah R.A, semurah Asma' Binti Abu Bakar R.A. Selembut Fatimah R.A Binti Muhammad S.A.W. , puteri nya Rasullulah. Maka cintailah mereka wanita yang mengikut pesan kekasih ALLAH. Kerana Cintu itu adalah turunan dari Maha Pencinta ALLAH S.W.T


Wednesday, January 18, 2012

Exam just ended!!


Alhamdulilah !! All Praises to ALLAH , the exam just ended and now proceed with vacation period for a month before proceed with anew semester. There still lot of stories and isuue that i would like to discuss by using Blog as a medium. As u alls know that for a long time , i never appeared in this blog due to some cases. Insyaallah after this i will start to write and write until my last word. My latest issue is about baby abondement. And i also will continue my strory in gaining Emotional and Spiritual happiness...

But before that i need to decorate my blogg, Is anyone out there can give me a consultation on decorate my blog?? Your help is really appreciate

Now i also have my Twitter account :https://twitter.com/..do add me @zar 2005...