Monday, January 25, 2010

Perjuangan Seorang Mahasiswa




Suasana Peperiksaan Akhir semester kian terasa bahangnya, kelibat Mahasiswa memenuhi ruangan perpustakaan hingga penuh meja dan kerusi, sesuatu yang jarang berlaku di mana-mana "Library" di Malaysia kerana tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia masih berkurangan.Oleh yang demikian, pada kebiasaannaya perpustakaan akan penuh apabila menjelang akhir semester kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

Pada pemerhatian saya Mahasiswa di campus IIUM ini gigih disaat akhir untuk memastikan CGPA terus dicapai atau berada di dalam senarai dekan.Syabas!! diucapkan psda para Mahasiswa sekalian ,kerana andalah yang akan memimpin negara pada masa akan datang.Antara tugasan yang perlu disiapkan sebelum "final Exam" ialah assigment ,presentation and etc. Lagi uniknya, kebanyakan assigment perlu dihantar pada masa yang ditetapkan, itu tidak termasuk dengan ujian/ kuiz, peperiksaan pertengahan semester. Kebetulan semester ini agak pendek , ia menyebabkan Mahasiswa berada dalam tekanan dan sentiasa perlu prihatin dengan arahan atau maklumat.


Tekanan Mahasiswa bertambah apabila mereka yang terlibat dengan persatuan atau perwakilan pelajar.Pada semester ini, banyak program yang perlu dijayakan kerana pada semester lepas , banyak program yang gagal dilaksanakan kerana berad di ambang Ramadan dan sebagainya.Akibatnya, sekali lagi mahasiswa diheret ke lembah tekanan kerana perlu menjayakan program-program yang telah dirancang.Sehingga dalam 1 malam ada 2/3 /4 program yang dijayakan oleh persatuan yang berbeza.Kertas kerja perlu dihantar, kemudian dijayakan dan akhirnya perlu membuat laporan kewangan dan program.
Ikutkan nafsu memang ingin berhenti tetapi, jika semua mahasiswa ikut nafsu ,maka program tak dapat dijalankan, akibatnya banyak masa perlu dihabiskan untuk persatuan dari diri sendiri.Pengorbanan yang akan membantu Mahasiswa pada masa akan datang.

Kepimpinan persatuan dijangka akan berubah pada akhir semester ini kerana banyak senior akan berhijrah ke Gombak.Maka junior-junior akan mengmbil alih tampuk untuk menetukan masa depan Persatuan..

BATTLE TO EXAM

Melakarlah CINTA di Pintu Syurga....




Editor : arisHa27

Garisan permulaan sebuah perjalanan seorang manusia, hamba dan da’ie ditentukan selepas mereka sudah baligh dan berakal dalam menyimpan maksud keterbukaan minda tatkala mengarahkan diri bermain dengan alam, kelangsungan pada kepercayaan diri. Meter mula bergerak mengikut kelajuan dan kepantasan roda yang berputar. Pahala dan dosa silih berganti mengisi kantung.

Berkata Umar Ibn el Khattab:

“Hendaklah jangan kamu menilai lelaki yang soleh itu hanya dengan melihatnya di masjid sahaja, namun hendaklah kamu melihat bagaimana muamalah dia ketika berurusan dengan orang lain”

Meraba-raba dalam kegelapan, tidak tahu mana halal dan haram, tidak akan menjanjikan suatu jaminan cinta itu betul-betul suci. Kononnya bercinta untuk meraih redha Ilahi. Dua pasangan kekasih bercengkerama di bawah bulan purnama, mengisi tahajud dengan bunga-bunga cinta berapi, telinga ditusuk dengan panahan syair-syair indah menggetis keasyikan dua pasangan yang hangat bercinta dalam dosa.

Kebusukan tingkah laku mengelaburi mata dan nafsu yang mengelocak tinggi. Mudah sahaja mereka membayar harga sekuntum cinta, mekar merona di tubir sukma, si ‘dia’ menabur janji dan mula dibuai mimpi, mereka khayal kerana hanya tercium haruman wangian bait kata-kata sang kekasih. Kalau dicurahkan air panas di sebelah tangan kanan, manakala tangan kiri asyik sahaja membelai dan mengusap rambut kekasih hati, kelembutan belaian tangan itu telah melenyapkan sifat panas yang ada pada air itu.

Rasa syahwat itu diangkat tinggi melebihi rasa sakit. Inilah dikatakan ‘cinta sakti’, penangannya pernah dirasai sendiri oleh Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan Nabi Allah Yusuf as, hingga menarik dirinya untuk melakukan maksiat, hingga tangan-tangan wanita luka terhiris pisau sendiri, terpesona melihat dzat wajah Nabi Yusuf as.

Mudah Jatuh Hati Pada Nama Cinta

Jangan kita sempitkan istilah ‘bijak’. Semua orang fikir salah satu faktor kejayaan manusia dalam lapangan peperiksaan di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan penjawat awam kerana dia ‘bijak’. Anda betul, dan tiada siapa yang bisa menafikan. Namun jika jawapan anda mengatakan seseorang itu pandai menggunakan ‘bijak’ dalam kehidupan seharian, itu lebih tepat.

Orang bijak sahaja tidak cukup, andai tiada usaha ke arah mencapai kejayaan, kerana mereka yang tidak ada ‘bijak’ pada diri tetapi ‘bijak’ mengurus tadbir diri, tidak mustahil lebih cemerlang daripada mereka yang punya ‘bijak’ pada diri. Bila tidak cukup ‘bijak’ itu, yang akan memakan diri, segala impian dan harapan akan musnah dek termakan hasutan syaitan dalam memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Terasa pelik juga kerana tidak pernah kenal dan bersua, tetapi bermain dengan kata-kata indah, berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, dan sebagainya, dengan mudah boleh jatuh cinta. Bila nafsu diletakkan di hadapan semua yang salah, nampak betul sahaja. Manakala bagi mereka yang sedikit mengaji, faham tentang halal dan haram, namun kerana tewas juga pada nafsu, matlamat cuba untuk menghalalkan cara;

“Rasa kurang best kalau tak kenal dengan lebih rapat, at least kita kenal latar belakang keluarga dia”

Pada mulanya nampak baik, tetapi bila terlalu kerap berhubung dan bertemu masa program, maka akhirnya mereka mengambil jalan pintas untuk melayan perasaan. Namun bila konsep yang sama diterjemahkan ketika bercinta dengan Allah Taala tidak pula kesampaian, sedangkan setiap umat Islam tahu akan peranan solat yang dikerjakan lima waktu setiap hari. Interaksi kita bersama Tuhan, adalah setiap kali kita mengangkat takbir dan sebelum salam, sepatutnya telah menjanjikan sebuah cinta yang lebih berapi.

Masakan tidak, setiap hari kita berkomunikasi dengan Allah Taala, lebih hebat dari sekadar menghantar khidmat SMS, tidak perlu habiskan duit untuk menampung kos kredit yang digunakan, tidak perlu banyak habiskan suara mengungkap bicara indah, secuma tenang dan teguh selama lima minit, cukup rukunnya, dan dihujungnya dipanjatkan doa. Mudahkan, tapi apabila di luar solat lain pula yang terjadi.

Peoples often do mistakes on cinta because of the way they define cinta itself. Cinta is coupling. Cinta is sharing everything. Cinta is going out together. Cinta is holding hand, etc. Ego instead of throwing tantrums over them, the initiative on helping them to define cinta in right ways are of the greatest concern actually.


Taburlah bunga-bunga cinta kepada insan yang halal

Suluhan pada menyempurnakan separuh agama bermula dengan mencari pasangan untuk dijadikan bakal suami dan isteri, merisik, melamar, dan seterusnya mengikat janji setia hidup bersama secara sah. Tiada siapa yang dapat menghalang sang mempelai melayari bahtera pertama mereka di malam hari. Inilah petanda mereka halal di sisi syara’.

Memegang, memimpin tangan, mengusap, mengucup dan memeluk, tiada siapa yang berhak menghalang. Gelodakan hawa nafsu yang ditahan sekian lama, dibayar tanpa bersyarat pada sentuhan halal itu. Islam tidak pernah menyisih umatnya dalam soal sosial hidup (muamalat), bahkan dari semudah sentuhan tersebut, sungguh senang untuk menghasilkan pahala ibadah.

Tidak perlu timbul keraguan perihal pasangan masing-masing yang telah dipatri;

“Apakah betul pilihan aku ini? Apakah cinta aku benar-benar kerana takwa kepada Allah Taala, atau hanya pandangan nafsu semata-mata?”

Selepas usai lafaz ‘aku terimah nikahnya’, maka dua pasangan tadi telah dibebani dengan suatu tanggungjawab yang luar biasa. Tiada lagi timbul keraguan dalam soal memberi cinta kepada sang kekasih yang telah sah menjadi pungguk dan bulan. Semua yang telah terjadi adalah takdir yang perlu disyukuri bukan mengeluh pada ketentuan-Nya. Kesempurnaan pada nilaian kaca mata disyukuri, manakala kekurangan yang ada diredhai.

Anda tahu, mungkin mustahil seseorang itu memiliki pasangan seperti apa yang diharapkan di atas tikar sejadah, pada sebuah doa seperti ini dan itu. Tapi itulah takdir anda, terima seadanya, tidak perlu lagi pening memikirkannya, lantas mengurangi moral pada tanggungjawab yang semakin bertambah. Fikirlah bagaimana pula ingin melahirkan bintang-bintang bersinar dari benih diri, menghiasi malam-malam indah.

Kita pernah melihat dengan mata kepala bagaimana banyak hubungan suami isteri berada pada ambang penceraian. Tertanya-tanya dimanakah punca, di manakah pula penawar? Kadang kala kita serabut cuba mencari di manakah puncanya, hingga lupa untuk mencari penawar.Sebenarnya persoalan kembali kepada perkara yang paling akar, tetapi itu juga seringkali terlepas pandang, tentang cinta yang bersulamkan takwa.

Benar kita ada institusi intelektual yang perlu dipertahankan, tetapi jangan juga terlupa kini semakin banyak institusi keluarga dan cinta yang menanti rebah, semuanya perlukan dos-dos ubatan. Pembentukan keluarga Islam yang bertakwa penting dalam proses menguatkan masyarakat Islam. Keluarga-keluarga kecil yang bertakwa ini bila dikumpul dapat membentuk masyarakat Islam yang pastinya bertakwa.

Mengayam cinta bertatarkan Iman

Cinta perkataan yang indah dan suci, sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta. Falsafah cinta yang harus dipegang dalam perkahwinan;

“kita adalah tidak sempurna tetapi perkahwinan akan menyempurnakan kita”

Syaratnya ialah masing-masing perlulah ikhlas kerana ikatan perkahwinan dimulakan dengan perjanjian yang menggunakan nama-nama Allah, satu perjanjian yang sangat besar.

‘Bercinta hingga ke syurga’

Amat mudah dijadikan bahan tuturan, bait-bait puisi, tapi bagaimana pelaksanaannya?

Jika perahu kecil teroleng-oleng di tengah lautan bergelora dan pendayung tidak cekap berfikir, dan tidak berkemampuan berbuat sesuatu demi keselamatan dan kebajikan para penumpang. bagaimana halnya dengan penumpang ini? Anda sudah punya jawapan pada apa yang telah dijelaskan di atas. Tepuk dada tanya Iman.

Melakar Cinta Di Syurga

Dalam kaedah medical, menyelesaikan presenting problem itu hanya seperti mengubat simptom. Selsema akan berhenti, tetapi tiada janji selsema itu tidak akan datang kembali. Menyelesaikan real problem itu seperti mengubat penyakit sebenar atau dalam bahasa mudah punca akar segala penyakit. Ibarat selsema, ia kerana kurang daya tahan tubuh. Jadi rawatlah kurang daya tahan tubuh itu, Insyaallah dengan sendiri selsema dan simptom-simptom lain akan hilang.

Begitu juga halnya dalam bab rumahtangga. Keperluan menilai dan menampung kekurangan yang ada, adalah soal bersama. Petanda-petanda awal pada keretakan sebuah rumahtangga dapat diberi rawatan dengan segera. Isteri tidak pernah mengambil hati dengan perbuatan dan tingkah laku si suami, manakala si suami tidak pernah mengurangi pada kelemahan yang ada pada si isteri. Semak-semak yang mula ingin tumbuh tinggi , harus diracuni cepat-cepat sebelum menutup bumi.

Membincangkan hal hubungan suami isteri semestinya tidak lari dari memperkatakan tentang matlamat sebuah rumahtanga itu dibina. Setiap suami dan isteri wajib tahu tugas dan peranan masing-masing bila sahaja bergelar suami atau isteri. Benar, atas nama cinta si suami akan berusaha sedaya upaya melengkapkan rumahtangga dari semua aspek fizikal, emosi dan rohani . Dengan cara ini tiada ruang lagi buat si isteri meragui cinta si suami dan ia juga akan menjadi pemangkin kepada si isteri untuk juga melengkapkan rumahtangga menjadi sebuah rumahtangga yang cemerlang, Insyaallah.

Tanggunjawab tanpa cinta adalah beban dan derita

Dalam rumahtangga memang memerlukan dua pihak memainkan peranan untuk menjayakannya. Namun, tidak perlunya cinta sebelum akad kerana sesuatu yang suci jangan dicemari dengan sesuatu yang menyimpang dari jalan-Nya. Setiap manusia ada kelemahan. Kasih sayang ni pun ada pasang surutnya, sama seperti Iman kita. Jadi tidak salah kalau kita tegur menegur dengan cara berhikmah untuk mendamaikan dan membahagiakan rumahtangga, kena selalu muhasabah.

Bersyukurlah apabila kita mempunyai jodoh di dunia dan dikurniakan zuriat. Ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sedangkan usia sudah menginjak tua. Hargai pasangan, bersyukur dan bersabarlah. Tidak usah timbul soal si isteri tidak puas hati dengan sang suami kerana jarang memuji kecantikan, keprihatinan anda kepadanya. Anda telah telah pun mendapat bonus di sisi Allah Taala kerana menjayakan keperluan dan kehendak suami, menjujung perintah suami tanpa syarat.

Anda kena faham tatkala suami tidak pernah mengurangi diri kalian dengan kata-kata yang menyinggung perasaan, sehingga menjejaskan sebuah bahtera yang telah siap dibina.

“Sayang, cuba check berapa kali saya tegur awak tidak cantik. Tiada bukan?”

Walaupun tidak pernah menutur ‘cantik’ pada sri wajah, namun jauh di sudut hati, si suami tidak pernah mempersoalkan kelemahan yang ada pada sang kekasihnya. Itulah sebuah kasih dan sayang dalam jaga, dari selalu menabur kata-kata manis dan cinta, namun sampai satu masa keburukan isteri dipersoalkan, seolah-seoalah kata-kata hanya manis di bibir, bukan sampai menerjah ke hati.

Pasangan suami isteri perlu bijak menghiasi rumahtangga agar sentiasa kelihatan fresh dan tidak terasa hambar dan puas dek ditelan masa. Kita sering bermadah perjalanan sebuah rumah tangga seperti perjalanan sebuah bahtera menongkah lautan luas. Kita kena faham bahtera yag sudah lama berkelana di lautan, akan kelihatan usang juga bila sudah lama berkhidmat untuk tuannya, namun bagi mereka yang ‘bijak’, mereka akan sahaja mencari jalan untuk mengindahkan bahtera usang tadi untuk kelihatan baru dan cantik.

Jika ada papan yang bocor, maka akan digantikan papan yang baru. Jika bahtera nampak kusam kerana pudar seri warna, maka dicat dan dihiasi dengan pelbagai warna yang indah. Jangan menganggap kegagalan perkahwinan adalah pengakhiran pada sebuah hubungan. Mempercayai sebuah kehidupan manusia tidak pernah sirna dari musibah, atau rasa kurang senang antara pasangan. Tingkatkan imunasi hubungan suami isteri, serta keluarga seluruhnya. Bila kita mempunyai minda sedemikian, perkahwinan yang sudah lama terbina masih tetap terasa baru.

Terlebih malang, jangan jadikan perkahwinan tersebut pemusnah sebuah jambatan penghubung cinta si suami, isteri, dan keluarga keseluruhannya untuk terus Melakar Cinta Di Syurga.



Share

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat dijulang





Innalillah hi Wainna Ilaihi Rajiun






JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Saturday, January 16, 2010

~ Perjalanan menuju hidup yang paling bermakna~







Semalam, saya pulang ke kampung halaman dengan lebih awal kerana adanya "Training 165" di MATRADE, Jalan Duta berhampiran Masjid Wilayah ,Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan menuju arah utara dengan menaiki KOMUTER milik KTMB terus menuju ke arah Rawang pada jam 12:26 tengah hari. Kerisauan mula terpancar,kerana khuatir tidak sempat menunaikan Fardu Jumaat.Alhamdulillah,KOMUTER yang dinaiki tidak banyak 'kerenah' tetapi agak panas kerana penghawa dingin yang rosak.Bayangkanlah,'train' yang penuh macam sardin dengan penghawa dingin yang rosak.Fuuh!!! agaklah meresahkan bila melihat muka-muka penumpang lain yang terpaksa berdiri dan menahan kepanasan.

Setiba di Stesen Kuala Lumpur, terus bergegas ke Masjid Negara kerana azan Jumaat telah berkumandang.Dalam perjalanan,saya telah melihat begitu ramai warga kota yang beragama islam dan berjantina lelaki berpusu-pusu menuju menyambut seruan Illahi.









Dalam banyak pemerhatian saya, saya telah melihat ada beberapa orang yang meminta sedekah pada hari tersebut, mereka juga bukan sahaja dikalangan warga tua,OKU, tetapi ibu-ibu tunggal juga kelihatan hingga menyebab hati ini merasa pilu bila melihat ibu-ibu tunggal, warga tua dan OKU meminta bantuan kewangan. Saya tidak mampu lagi untuk melihat, dalam hati ini berdoa agar Allah membantu mereka.

Di dalam otak berfikir, agaknya berapa ramai lagi yang bernasib seperti mereka dikala harga gula melambung naik sebanyak 20 sen..Kebetulan pula,khatib Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail berkhutbah mengenai keburukan makan gula banyak-banyak.

Selepas Jumaat, makan sebentar kat Warung depan masjid.Terkejut bila makan nasi briyani sekali dengan air RM 8..betul-betul sembelih.Tidak mengapalah, kerana perut pun dah kelaparan yang melampau.Selesai makan, bersegera ke Pasar Seni untuk menaiki bas B115 yang menuju Kompleks Mahkamah.

Setiba di MATRADE, terus buat lanjutan training.....

Sunday, January 10, 2010

Jalan Menuju bahagia




When i open my eyes i realize that everything is change,yesterday will not be the same as today... that 's the fact...

Cinta indah diungkapkan,tetapi sukar dilaksanakan kerana hakikat CINTA bukanlah dilafazkan semata-mata tetapi ditunaikan agar lebih diyakini.Asbab itulah keyakinan terhadap CINTA perlu ada tanggungjawabnya.Sebagaimana yang telah difirmankan oleh ALLAH di dalam Al-Quran

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ
Katakanlah Jika kamu menyintai Allah, Maka ikutilah aku(Muhammad)
(An-Nisa':31)
Justeru untuk ikuti yakni junjungan Muhammad maka ada komitmennya.Bangunkanlah komitmen melalui 5 rukun islam yang telah difardukan. Maka,hakikat CINTA dapat dicapai.

Begitulah CINTA terhadap manusia.CINTA ada tanggungjawabnya dan komitmennya..tetapi manusia sering lupa komitmennya dan tanggungjawabnya menyebabkan rosaknya CINTA dan kesuciannya.Maka, tidak ada lagi keyakinan terhadap CINTA,sedangkan CINTA itu anugerah ALLAH tidak terhingga dan itulah jalan menuju kebahagiaan.Justeru, bukalah kitab CINTA yang telah diwahyukan oleh Maha Pencinta kepada Kekasihnya yang mengandungi Ayat-Ayat CINTA buat seluruh hamba yang ingin berCINTA.Bangunkanlah CINTA berpandukan Wahyu Maha Pencinta dan Pencontoh teragung manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Baginda menyeru manusia ke arah CINTA yang membawa manusia bahagia di dunia dan akhirat. Kerana itulah situasi yang dilalui oleh Bapa manusia dan Ibu manusia iaitu Adam & Hawa.Percayalah itulah kebahagiaan untuk setiap insan









Share

Saturday, January 2, 2010

kasih manusia terhenti di dunia, Cinta Allah membawa ke Syurga



Ya Allah jika aku jatuh Cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan Cinta nya kepadamu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMU.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati,
seseorang yang hatinya tertaut padamu,
Agar tak terjatuh aku pada jurang Cinta Nafsu,

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku agar tidak berpaling dari hatimu,

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindu syahid dijalanmu,

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadamu,

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku,
Pada cinta hakiki dan abadi hanya kepadaMu,