Sunday, December 27, 2009

ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO










korang bila tengok gambar-gambar di atas tadi boleh caya ka yang depa tu ahli PAS..... aku tengok tak nampak pun walaupun 0.01% seperti wajah pejuang-pejuang PAS...... ini la 1 cara perang saraf umno terhadap Pakatan Rakyat

ESP Berkata:  Parti yang "desperate'  nak kuasa,  tak dapat nak  rampas kerajaan macam di Perak ,buat  hasutan minta Parti bersekutu keluar Pakatan. Selama 60 tahun merdeka ,belum pernah dengar memorendum desak  parti berkuasa di pihak Persekutuan keluar Barisan...Dasar hasad dengki dalam jiwa manusia belum habis lagi. Solat dah bertahun ,tapi dengki tak selesai lagi...Astagfirullah

Sunday, December 20, 2009

Mission Statement & Character Building







Training Intermidiate Training ESQ way 165, Mission Statement and Character Building -Angkatan 8 Kl, Dec 2009 menjadi platform betapa pentingnya visi, misi dan Nilai.Selama ini Kita sering alpa dan lalai dari mengetahui Visi tertinggi seorang insan, Apakah misi tertinggi seorang hamba, Apakah nilai-nilai yang harus dikeluarkan....

Syahadat adalah pernyataan misi tertinggi, Syahadat adalah sebab mengapa manusia harus mengabdi kepada Allah tanpa syarat.Syahadat jugalah adalah perjanjian antara Pencipta dan dicipta. Syahadat yang dinyatakan memberi arah atau kompas arah kehidupan ini, Ke mana Hidup ini harus dituju.Syahadat yang jelas, memberi Visi yang jelas untuk memandu arah kehidupan ini. Visi yang jelas, akan membantu seorang insan melaksanakan misi nya di dunia ini. Rasullulah diutus menjadi rahmat ke seluruh alam.tauladan dari baginda memberi penyataan yang jelas ,bagaimana Misi itu harus dilaksanakan ,agar visinya tercapai. Visi dan Misi tidak akan tercapai tanpa benteng yang kukuh, Nilai-nilai Fitrah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan yang jelas nilai-nilai kebaikan harus dikeluarkan, dalam menjalankan misi di dunia ini agar visi tercapai.

Ramai tertanya-tanya , visi apakah sesungghnya yang harus dituju, Misi apakah yang harus dijalankan. Nilai-nilai apakah yang harus diiringi dalam menjalankan misi tersebut. Telah terjawab sebelum manusia itu dilahirkan dimuka bumi dan sebab penciptaan manusia itu



"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi

Manusia telah mengambil penyaksian tersebut dan sesungghnya kepadaNyalah visi tersebut. Pertemuan dengan Allah di akhirat .


"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Itulah pernyataan Misi sebenar manusia itu berpandukan Fitrah yang telah Allah ilhamkan , Nabi Muhammad menjadi tauladan bagi ummat manusia.


Setelah syahadat menjadi tunjang dalam kehidupan ,maka misi tersebut harus dipelihara. Untuk memelihara Syahadat atau misi tersebut, Karakter yang kuat diperlukan agar mampu menghadapi dugaan dan cabaran di dunia. Dunia umpama tinju yang akan menghentam dari seluruh pelusuk arah, ia umpama badai yang akan menghentam pantai. Karakter yang kuat mampu menghadapi segala ujian dengan penuh kesabaran serta mengharungi lautan nikmat dengan penuh kesyukuran.

Solat yang dilaksanakan dengan penuh khusuk dan penuh pengabdian akan mampu melatih jiwa untuk menerima segala dugaan dan cabaran dengan penuh persediaan , hasil daripada Solat yang dilakukan. Solat untuk melatih nilai-nilai Fitrah yang Allah telah ilhamkan.Maka, itulah solat sebagai latihan untuk membangun akhlak untuk mengharungi badai ujian dunia yang sementara.


أشهد ألآ اله ألأ الله وأشهد أن محمد رسول الله"

" aKU bERSAKSI tiada TUHAN yang layak disembah melainkan ALLAH dan Aku bersaksi NABI MUHAMMAD adalah pESURUH ALLAH

Friday, December 18, 2009

Anugerah untuk bintang yang menyinari islam...


                                 Dr Yusuf Al-Qaradawi tokoh Maal Hijrah ke-8

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M esok. Menurut entri dalam laman blog http://www.islamonline.net hari ini, anugerah kali ke-8 itu akan dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah esok. Blog berkenaan menyebut, anugerah itu bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhannya memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam. ‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelas laman blog itu. Sebelum ini, antara tokoh yang menerima anugerah itu ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili. Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini. Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926. Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya. Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah


..


Bagi sesetengah saudara kita ini azam mereka:

Mereka berazam untuk terus membela agama Allah..membela " Lailahaillah Muhammad rasullulah"


 



 Itulah azam saudara kita ............











Tuesday, December 15, 2009

Demi Matahari

Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari,
Demi bulan apabila Mengiringi
Demi Siang bila menampakkan diri,
Demi Malam apabila menutupi,
Demi Langit beserta seluruh binaannya,
Demi Bumi serta apa yang dipermukannya,
Demi Jiwa dan seluruh penyempurnannya,
Allah Mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung Siapa yang menyucikannya,
Merugi Siapa yang mengotorinya...

Friday, December 11, 2009



Salam 165,
Pelajar -pelajar CFS IIUM kembali bercuti, tetapi cuti yang dilalui tidaklah cuti yang dinginkan kerana selepas cuti " Exam Mid Term" terus menghantui pelajar-pelajar.Bukan sekadar itu sahaja, banyak tugasan rasmi dan tidak rasmi harus dilalui.Justeru,apalah erti percutian ini ?. Balik rumah terus telaah buku,balik dari cuti terus menghadap kertas soalan.

Itulah lumrah kehidupan seorang pelajar.Menimba ilmu ,bermain dengan soalan peperiksaan, dan memimpin melalui Ko-Kurikulum.Bagi mereka yang bekerja, tugasan dalam pejabat dan luar pejabat dinanti oleh pekerja.Berurusan dengan orang yang penting kepada syarikat menguji Intelektual,Emosi dan Spiritual..

Bersambung.....

Lelaki Ini!!!!


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Friday, October 30, 2009



Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah semalam mengumumkan keluar dari parti PKR.Alasan yang diberikan ialah tidak tahan dengan kes moral Datuk Seri Anwar Ibrahim( Ketua Umum PKR).Alasan lain ialah tidak tahan dengan tekanan dari MB Selangor ,Tan Sri Abdul Khalid, dan lain-lain.Mengikut laporan akhbar yang lepas,adun tersebut dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab selaku wakil rakyat dan menyebabkan rakyat bengang terhadap adun tersebut....

Pada hemat saya selaku pemerhati Politik..Adun tersebut harus meletakkan jawatan sama seperti Adun lompat Perak(Katak-katak) kerana ia telah mengkhianati amanat rakyat dan menyebabkan politik negara kacau bilau...LETAK JAWATAN ADUN LOMPAt.

Wednesday, October 28, 2009



Bila mula Sem baru nih, tersedar bahawa banyak lagi tugasan yang menanti, selepas cuti diikuti pula dengan ESQ165 Training dan AsianPowerlifting di Kuala Lumpur.Dalam FRC pula,tugasan telah tersedia...Kini masanya,bekerja Untuk Allah adalah penting dalam setiap aspek untuk perolehi redanya...Inilah tugasan seorang khalifah yang diamanah oleh Allah di dunia ini...

Sunday, October 25, 2009

Ahlan Wasahlan.!!!!!!

KKeinginan untuk membuat blog itu sudah lama dipendam. Tetapi belum ada kekuatan untuk melaksanakan. Bila melihat blog teman-teman, terasa dihati bahawa saya juga perlu membuat revolusi dalam diri saya. Segala pendapat,pemerhatian dan nasihat perlu diaplikasikan di dalam tulisan agar ia menjadi rujukan seluruh umat.Justeru,kini masanya untuk manusia bersatu atas nama Umat Nabi Muhammad S.A.W...